Date: Isnin, Jun 3, 2019

Sukacita dimaklumkan Jabatan ingin mempelawa pegawai-pegawai JKR yang berkelayakan untuk memohon sebagai Pakar Rujuk Jabatan, terutamanya bagi bidang yang masih belum mempunyai Pakar Rujuk Jabatan. Walau bagaimanapun, pencalonan daripada bidang-bidang lain juga amat dialu-alukan. Senarai Bidang Kepakaran dan Sub Bidang di JKR adalah seperti berikut (Bidang yang berwarna kuning adalah bidang yang masih belum mempunyai Pakar Rujuk Jabatan):

Pakar Rujuk Jabatan akan berperanan sebagai Pakar Penasihat Teknikal dalam bidang kepakaran dan menjadi rujukan kepada pegawai JKR serta akan disenaraikan sebagai moderator dalam direktori J-CoP (ECKM). Pengiktirafan Pakar Rujuk Jabatan juga akan diberikan laluan khas untuk ke laluan Subject Matter Expert (SME).

Calon-calon yang berminat adalah layak dipertimbangkan berdasarkan syarat asas seperti berikut:

  1. Berdaftar dengan Lembaga Profesional;
  2. Pegawai berada di gred hakiki J48/ J52/ J54
  3. Berkhidmat secara tetap sekurang-kurangnya lapan (8) tahun dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional;
  4. Telah berkhidmat dalam bidang dan sub bidang kepakaran seperti permohonan sekurang-kurangnya lima (5) tahun;
  5. Mencapai markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 85% dan ke atas tiga (3) tahun terkini secara berturut-turut (Purata 90% mengikut wajaran yang ditetapkan);
  6. Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);
  7. Bebas daripada tindakan atau hukuman tatatertib;
  8. Telah mengisytiharkan harta berdasarkan peraturan yang sedang berkuat kuasa;
  9. Menandatangani Surat Akuan Pinjaman Institusi/Tabung Pendidikan


Calon-calon yang melepasi syarat asas, kemudiannya akan melalui penilaian kriteria umum dan kriteria khusus seperti berikut :





Permohonan hendaklah dibuat dengan melengkapkan borang berikut :

  1. Lampiran    -  Borang Penilaian Pakar Rujuk Jabatan (soft copy dikemukakan dalam bentuk excel)


Permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, JKR sebelum atau pada 21 Jun 2019 melalui emel bpsk.jkr [at] 1govuc.gov.my.

Sebarang pertanyaan berhubung urusan permohonan ini boleh diajukan terus kepada pegawai-pegawai berikut:
 

  1. Ir. Zorina Binti Abd Hamid       -           03-2618 8652
    zorina. jkr [at] 1govuc.gov.my
     
  2. Norizan binti Ali                       -           03-2618 8460
    NorizanAli. jkr [at] 1govuc.gov.my