Sukacita dimaklumkan Jabatan ingin mempelawa Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) yang berhasrat melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Ijazah Kedoktoran (Ph.D) untuk mengikuti Pengajian Cuti Belajar Bergaji Penuh secara sepenuh masa sesi 2025/2026.
Sehubungan dengan itu, pegawai daripada pejabat YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/ Puan yang berminat dan layak perlu mendaftar dengan Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) untuk pengajian seperti berikut:
Bil. | Jenis Pengajian | Tahun Pengajian |
i | Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Hadiah Latihan Persekutuan (CBBPHLP) | 2026 |
ii. | Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Hadiah Latihan Lain-lain (CBBPHLL) | 2025 |
Penawaran dilaksanakan mengikut tarikh-tarikh seperti berikut :
Bil. | Perkara | Tarikh |
1. | Permohonan secara dalam talian :https://mycutibelajar.jkr.gov. | 02 Januari 2025 – 03 Februari 2025 |
2. | Panggilan ke sesi temuduga di peringkat Jabatan | Mac 2025 |
3. | Keputusan temuduga peringkat Jabatan | Mei 2025 |
Butir-butir syarat dan kriteria, tatacara permohonan dan tanggungjawab Ketua Jabatan adalah seperti di lampiran berkaitan. Senarai dokumen berkaitan permohonan adalah seperti berikut :
- Lampiran 1 - Panduan menulis kertas penyelidikan 2025
- Lampiran 2 - Bidang Keutamaan Jabatan 2025
- Lampiran 3 - Borang Perakuan Ketua Disiplin 2025
- Lampiran 4 - Senarai Institut Pengajian Tempatan 2025
- Lampiran A - Syarat-Syarat Permohonan CBBPHLP & CBBPHLL sesi 2025
- Lampiran B - Borang Perakuan Ketua Jabatan 2025
- Lampiran C- perakuan penyakit 2025
- Surat Hebahan Pendaftaran Cuti Belajar Bergaji Penuh Tahun 2025_2026
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
- 976 bacaan