Date: Rabu, November 17, 2021

Program Webinar Hari Profesion Teknikal Negara 2021 telah membuka tirainya pada 15 November 2021 dan akan berakhir pada 7 Disember 2021. Sepanjang tempoh webinar ini berlansung pelbagai program teknikal menarik memeriah Sambutan Hari Profesion Teknikal Negara 2021 dengan jemputan panel-panel daripada dalam dan luar agensi berkongsi ilmu dan pengetahuan berkenaan topik-topik yang dibentangkan. Semua kakitangan JKR dijemput hadir dan menyertai.

Antara panel jemputan program webinar HPTN 2021 ini terdiri daripada pegawai professional JKR Malaysia, pegawai professional daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) & National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH), para pensyarah & penyelidik daripada universiti-universiti tempatan seperti Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Univesiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), para panel jemputan pakar daripada institusi teknikal seperti Institution of Engineers Malaysia (IEM), Board Of Engineers Malaysia (BEM), Technological Association Malaysia (TAM), Malaysia Board of Technologists (MBOT) serta panel-panel lain yang turut serta memeriahkan lagi sambutan Hari Profesion Teknikal Negara 2021.

Warga JKR dijemput untuk menyertai program webinar ini dengan berdaftar secara percuma di laman sesawang seperti berikut:

https://hptn2021.my/webinar (link is external)

segala maklumat berkaitan Sambutan HPTN 2021 boleh dilayari melalui pautan pantas yang telah disediakan pada link di bawah:

 https://linktr.ee/HPTN2021 (link is external)

Berikut adalah Langkah-langkah untuk berdaftar:

  1. Daftar Webinar dengan melayari laman sesawang seperti di atas. Pilih tarikh dan topik webinar dan klik DAFTAR
  2. Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan klik DAFTAR
  3. klik pada MASUK WEBINAR untuk webinar yang sedang berlansung atau sila salin dan simpan link yang dipaparkan pada skrin untuk webinar akan datang.

Contoh tatacara untuk menyertai program webinar HPTN 2021 dengan hanya 3 langkah mudah

Webinar bertajuk Landscape Construction Framework in Green Infrastructure yang telah berlansung pada 15 November 2021 yang lalu.

Webinar bertajuk Bengkel Pembangunan Pelan Strategik Organisasi berdasarkan Program Pendigitalan Negara pada 15 November 2021.

Road Safety Talk adalah webinar yang telah berlangsung pada hari kedua iaitu 16 Disember 2021.

Webinar bertajuk Self-Consumption (SELCO) Solar : Applications yang juga telah berlansung pada 16 Disember 2021

Webinar bertajuk Teknologi Metalurgi Serbuk bagi Penyambungan Dua Bahan Berbeza (Logam dan Seramik) yang telah berlansung pada 17 November 2021

Poster-poster program webinar yang juga dijadualkan pada 17 November 2021