Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Lt. Kolonel Ir. Ts. Suhaizad Bin Hj. Sulaiman di atas penerimaan Anugerah Gold Award dan Special Award Inovasi Sains & Teknologi bagi Electronic Vehicle Count (E-Vec) For Teaching and Learning dalam Pertandingan Inovasi Digital ICTE24 Peringkat Antarabangsa anjuran Kolej- Poly-Tech- Mara dan Institusi Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan pada 30 Oktober 2024.
ICTE 2024 ini disertai oleh 598 projek inovasi daripada lima (5) buah negara iaitu Malaysia, China, Philipina, Indonesia dan Thailand.
Anugerah Gold Award dan Special Award diterima bagi inovasi Electronic Vehicle Count (E-VEC) For Teaching and Learning. E-VEC adalah aplikasi yang dibangunkan untuk digunakan di dalam peranti digital untuk memudahkan pelajar-pelajar Jurusan Kejuruteraan Awam di Institusi Pengajian Tinggi ataupun Jabatan Teknikal membuat pengiraan bilangan kenderaan mengikut arah dan jenis kenderaan sama ada di persimpangan atau jalan raya lurus bagi mendapatkan isipadu aliran lalulintas (passenger car unit / pcu) bagi Traffic Impact Assessment (TIA). Penggunaan aplikasi ini akan dapat mempercepatkan dan memudahkan proses cerapan data di tapak. Aplikasi ini adalah ciptaan tiga (3) innovator daripada JKR dan Politeknik Port Dickson. Aplikasi ini juga telah menarik minat pihak industri untuk berkolaborasi bagi tujuan pemasaran.
Jabatan ini percaya, anugerah ini akan memacu Lt. Kolonel Ir. Ts. Suhaizad Hj. Sulaiman untuk meneroka bidang inovasi dengan lebih meluas selaras dengan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) setanding dengan pakar-pakar sedia ada di peringkat antarabangsa bersesuaian dengan pengalaman dan kepakaran beliau.
Sepanjang Tahun 2024, beliau telah memenangi tujuh (7) Anugerah Antarabangsa dan tiga (3) Anugerah Kebangsaan bagi ciptaan inovasi dan di antara innovator terbaik JKR Malaysia.
Syabas dan Tahniah sekali lagi diucapkan kepada beliau.
- 837 bacaan