Date: Jumaat, March 11, 2016

Ucapan setinggi tahniah kepada Ir. Haji  Nazari bin Hashim, pegawai JKR yang sedang berkhidmat sebagai Pengarah Kanan di Seksyen Pengurusan Nilai (SPN), Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri (JPM) di atas penganugerahan Honorary Fellow oleh Pertubuhan Pengurusan Nilai Malaysia atau Institute Value Management Malaysia (IVMM) di atas khidmat  beliau masakini di dalam menerajui pelaksanaan amalan Pengurusan Nilai bagi program dan projek kerajaan.

Turut diucapkan  tahniah kepada Sr. Rohanis binti Ab Ghani (Penolong Pengarah Kanan Ukur Bahan) dari Unit Pengurusan Nilai, Bahagian Pengurusan Projek Kompleks (BPPK), Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB) yang telah diiktirafkan Pensijilan Pengurus Nilai atau Certified Value Manager (CVM) oleh IVMM iaitu badan unggul yang mengiktirafkan profesion Pengurus Nilai di Malaysia. Semoga dengan pengiktirafan beliau ini akan menjadi pendorong kepada pengamal Pengurusan Nilai dan juga warga JKR yang lain untuk mencapai pensijilan di dalam bidang kepakaran khusus yang seumpamanya.

Gambar foto di bawah adalah sesi penyampaian Sijil Honorary Fellow oleh Presiden IVMM, Dato’ Ir. Abdul Nasir bin Abdul Razak kepada Ir.Haji Nazari bin Hashim dan Sijil Certified Value Manager (CVM) kepada Sr. Rohanis binti Ab Ghani, pada 29 Februari 2016 yang lalu semasa berlangsung Majlis Penyampaian Sijil Keahlian Baru IVMM kepada pegawai-pegawai JKR di SPN, UPE, JPM.