Date: Khamis, March 7, 2024

Produk inovasi Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia Multi Measurement Kit” telah berjaya menggondol Anugerah Platinum pada Creativity & Innovative Technology Competition (CITEC) 2024 anjuran Jabatan Tenaga Manusia (JTM) yang berlangsung di ADTEC Melaka dari 6 hingga 7 haribulan Mac 2024. Hasil daripada kemenangan tersebut, JKR Malaysia telah dianugerahkan Johan Keseluruhan Kategori Bangunan dan Sivil beserta hadiah wang tunai.  

Multi Measurement Kit (MMK) merupakan satu alat ukur 5 dalam 1 yang dicipta bagi mengatasi masalah kerja pembinaan di peringkat penyediaan besi tetulang konkrit di tapak, kawalan kualiti projek serta pemeriksaan struktur bangunan sedia ada. MMK dicipta dengan idea bersaiz yang padat, mesra guna berdasarkan pengalaman dan kajian kes ke atas projek pembinaan di JKR. MMK juga bertujuan untuk membantu pekerja kurang mahir semasa menjalankan kerja-kerja di tapak.

Penggunaan MMK dijangka dapat mewujudkan peluang kolabrasi bersama pelbagai pemegang taruh dengan mengambilkira aspek kelestarian dan pengurusan sumber secara strategik serta terancang.

Kumpulan innovator Multi Measurement Kit (MMK) adalah terdiri daripada Ir. Ts. Suhaizad bin Hj. Sulaiman, Ir. Ts. Leong Geok Teng, Mohammad Firdous Hairy, Masriani binti Siradjuddin, Suhirman bin Munik, Irfan Farez bin Jasrie, Anejan binti Lumissah, Trinil Indah Puspita bt Herry Sunjoto dan Ahmad Shayuti bin Abdul Rahim.