Date: Khamis, Oktober 26, 2023

Syukur Alhamdulillah, Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia telah menerima dua (2) anugerah sempena Majlis Anugerah Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) Negara, anjuran Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (MNKKP), Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Kementerian Sumber Manusia pada 25 Oktober 2023 (Rabu).

Di majlis tersebut, Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Datuk Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool telah diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KKP Sektor Awam. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Timbalan  Menteri Sumber Manusia, Yang Berhormat Datuk Ts. Mustapha Sakmud.

Lebih membanggakan, Menara Kerja Raya Blok G, JKR Malaysia turut dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Perkhidmatan Awam dan Pihak Berkuasa Tempatan. Anugerah tersebut telah diterima oleh  YBhg. Dato’ Ir. Ts. Hj. Masri bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK), merangkap Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan (JKK) Premis Menara Kerja Raya Blok G.  Anugerah unggul  tersebut diberikan kepada organisasi yang berjaya mencapai tahap pelaksanaan KKP terbaik di peringkat negara.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan (JKK) Menara Kerja Raya dan seluruh warga kerja JKR yang telah memberikan kerjasama erat dan komitmen tinggi dalam memastikan ketersediaan dokumen dan persekitaran tempat kerja yang selamat dan sihat selari dengan kriteria penilaian anugerah ini.

Anugerah KKP Negara adalah satu mekanisme pengukuran prestasi sebenar dalam pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di sesebuah organisasi. Penganugerahan ini jelas membuktikan JKR Malaysia sentiasa menitikberat dan membudayakan elemen KKP dalam pengurusan dan tadbir urus jabatan.

Semoga penerimaan pengiktirafan berganda ini menjadi pemangkin dan inspirasi kepada warga kerja JKR dalam mengekalkan pembudayaan amalan KKP yang terbaik dan holistik sepanjang masa. Impak pencapaian ini juga akan menyuburkan paradigma  kepada warga kerja untuk terus istiqamah dalam meningkatkan mutu dan kualiti kerja, sejajar dengan visi dan misi jabatan.


JKR - Jasa Kepada Rakyat.

anugerah KKPN JKR

anugerah KKPN JKR

anugerah KKPN JKR

anugerah KKPN JKR

anugerah KKPN JKR

anugerah KKPN JKR

anugerah KKPN JKR

anugerah KKPN JKR

anugerah KKPN JKR

anugerah KKPN JKR

kkpn jkr

kkpn jkr