Date: Selasa, Ogos 15, 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa JKR berhasrat untuk menerbitkan Jurnal JKR Bil.5(2017) dalam masa yang terdekat. Sehubungan itu, sidang redaksi JURNAL JKR menjemput warga JKR untuk menyumbangkan kertas kerja/artikel yang telah dibentangkan di mana-mana persidangan sama ada di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa di antara tahun 2013 sehingga 2017 dengan mengemukakannya kepada sidang redaksi JURNAL JKR untuk pemilihan selanjutnya.

Kertas kerja/artikel yang hendak disumbangkan mestilah di dalam format MS Word dan dikemukakan kepada Pn. Nurul Haryani binti Razali di alamat emel Nurulharyani.jkr [at] 1govuc.gov.my ( (link sends e-mail)) sebelum atau pada 15 September 2017. Jika terdapat sebarang pertanyaan atau memerlukan penjelasan lanjut berkenaan perkara tersebut di atas, tuan/puan bolehlah berhubung terus dengan beliau di talian 03-2610 7943.