Date: Jumaat, Ogos 24, 2018

Sukacita dimaklumkan bahawa tiga modul baru eLearning yang dibangunkan hasil kerjasama antara Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB) dengan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE) bersama pegawai pakar dalam bidang tertentu kini telah ditawarkan di dalam portal e-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA).

Ketiga-tiga modul tersebut iaitu “Awareness On Value Management For Public Projects”, “Jalan Rosak: Apa Anda Perlu Tahu” dan “Construction Defects Found In Reinforced Concrete during Construction” telah melalui proses pentauliahan yang rapi dan teliti oleh pakar daripada Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara.

Di samping modul eLearning, warga jabatan juga boleh melayari modul Massive Open Online Course (MOOC) yang turut ditawarkan di portal EPSA. Di antara kandungan yang telah dimuatnaik di modul MOOC JKR Malaysia termasuk video Expert Tech Talk dan Exit Interview.

Sehingga kini terdapat sebanyak 262 kursus yang merangkumi pelbagai topik terkandung di Portal EPSA. Dengan objektif utama bagi meningkatkan peluang dan capaian penjawat awam kepada pengetahuan dan latihan secara berterusan dan sepanjang hayat bila-bila masa di mana jua, Portal EPSA boleh diakses sepanjang masa sama ada melalui komputer, tablet ataupun telefon pintar.

Layari Portal EPSA hari ini @ https://www.epsa.gov.my/ (link is external).

Jalan Rosak: Apa yang Perlu Anda Tahu

 

Value Management Awareness In Public Project

 

Reinforced Concrete: Workmanship Issues at Site During Construction