Date: Jumaat, Oktober 27, 2023

Penilaian akhir Anugerah BIM JKR 2023 telah diadakan pada 24 Oktober 2023 di Menara Kerja Raya Ibu Pejabat JKR Malaysia bagi menentukan para pemenang yang akan menerima anugerah semasa JKR BIM Day 2023 yang dijadualkan pada 25 Oktober 2023. Anugerah yang diperkenalkan pada tahun 2021 ini merupakan salah satu inisiatif Jabatan untuk mengiktiraf kepakaran, pengetahuan dan kemahiran para pegawai JKR, pemain industri dan warga akademik dalam bidang Building Information Modelling (BIM).

Selain itu, ia juga merupakan pengiktirafan kepada ahli pasukan projek yang bekerjasama dan memberikan komitmen berpasukan dalam menjayakan pelaksanaan BIM. Kategori anugerah yang dipertandingkan ialah Projek BIM Terbaik, BIM Personal Terbaik, Model BIM Terbaik dan Kajian BIM Terbaik (Rujuk lampiran kategori dan senarai pemenang). Sebanyak 63 penyertaan daripada semua kategori telah diterima di antara bulan Ogos-Okt 2023. Kesemua peserta telah menunjukkan komitmen dan usaha terbaik terutamanya semasa sesi pembentangan di hadapan para panel yang terdiri daripada pegawai JKR, pemain industri dan pensyarah institusi pengajian tinggi.

Diharapkan program ini dapat memberi semangat kepada pemain industri untuk terus meningkatkan tahap kompetensi BIM dan menarik minat para pelajar untuk berkecimpung dalam bidang teknologi BIM. Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemenang.

penilaian BIM

penilaian BIM

penilaian BIM

penilaian BIM

penilaian BIM