Date: Rabu, Disember 18, 2024

Labuan, 19 Disember 2024 – Majlis penyerahan projek JKR WP Labuan telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Hj. Mohd. Faizul Bin Mohd Ali Hanapiah, Pengarah JKR WP Labuan kepada Pengarah Kolej Matrikulasi Labuan, Ybrs. Tuan Mohd Mahyuddin Bin Mohd Noordin yang mana telah disaksikan oleh Jabatan Pendidikan WP Labuan, Bahagian Pakar Pengangkutan Peralatan & Kejuruteraan Bendalir, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal JKR Malaysia, Ketua-Ketua Bahagian JKR WP Labuan dan Kolej Matrikulasi Labuan serta kontraktor-kontraktor yang dilantik.

Pada tahun 2024, tiga (3) projek bagi Kolej Matrikulasi Labuan yang bernilai RM 11.1 juta telah berjaya diserahkan oleh pihak JKR WP Labuan  iaitu:-

  1. Projek Kerja-Kerja Naik Taraf dan Penggantian Sistem Penyaman Udara yang telah diserahkan pada 25 Julai 2024;
  2. Menyiapkan Baki Kerja-Kerja Sistem Retikulasi Air Luaran yang telah diserahkan pada 4 Disember 2024 ; dan terkini
  3. Projek Penggantian Lapan (8) unit lif.

Projek Penggantian Lapan (8) unit lif dilaksanakan untuk menggantikan lif yang telah berusia dan rosak dengan fokus utama kepada keselamatan penghuni dan pengguna bangunan. Lif yang lama digantikan dengan unit baru yang lebih canggih, selamat, dan mematuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan. Projek telah bermula pada 1 September 2023 dan telah disiapkan sepenuhnya pada 10 Disember 2024 dengan kos projek berjumlah RM 4.96 juta.

Skop projek adalah seperti berikut :-

  1. Penggantian lapan (8) unit lif di Menara Pentadbiran;
  2. Kediaman pensyarah;
  3. Makmal sains ; dan
  4. Pusat sumber serta lain-lain kerja yang berkaitan.

Projek ini berjaya disiapkan lebih awal daripada jadual dan berjaya diserahkan diserahkan secara 5 dalam 1 yang merangkumi :-

  1. Sijil Siap Kerja;
  2. Penyata Akaun Muktamad;
  3. Lukisan Siap Bina;
  4. Operation & Maintenance Manual; dan
  5. Coffee Table Book.

Adalah diharapkan agar projek ini dapat meningkatkan keselamatan, keselesaan, dan kemudahan bagi pengguna di Kolej Matrikulasi ini serta dapat memperkasakan lagi pembangunan modal insan dan pendidikan di WP Labuan selaras dengan aspirasi pendidikan Malaysia. 

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan projek ini.

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat