Date: Jumaat, March 22, 2024

CREaTE telah berpeluang untuk menyertai sebagai salah seorang pembentang kertas penyelidikan pada 7 Mac 2024 yang lalu secara atas talian di International Conference on Computing Information Science and Engineering (ICISE) 2024 yang berlangsung pada 7-8 Mac 2024. Kertas penyelidikan yang bertajuk “Physical Characterization of Non-woven Treated and Untreated Palm Empty Fruit Bunch (PEFB) Layered by Fibreglass as An Interior Insulation Material” telah dibentangkan oleh Ketua Makmal Penyelidkan Mekanikal, Ir. Dr. Abdul Murad bin Zainal Abidin, Jurutera Mekanikal, Gred Khas C(KUP), JKR CREaTE.

Penyertaan dalam persidangan ini merupakan salah satu platform bagi mempromosikan hasil penyelidikan yang dilaksanakan oleh kakitangan CREaTE khasnya dan JKR amnya di peringkat antarabangsa. Dalam masa yang sama, penyertaan di persidangan ini telah membuktikan kemampuan kakitangan JKR dalam melaksanakan projek penyelidikan yang dapat memberikan sumbangan kepada pembangunan teknologi kejuruteraan di Malaysia.

p1