Date: Selasa, September 26, 2017

Perhimpunan Bulanan Kementerian Kerja Raya telah diadakan pada 26 September 2017 bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kementerian Kerja Raya. Perhimpunan bulanan ini telah dihadiri oleh kakitangan Warga Kementerian dan Agensi-Agensi di bawahnya. Ucapan telah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Menteri Kerja Raya.

Antara intipati ucapan YB Menteri Kerja Raya;

1. Transformasi Nasional 2050 atau TN50 – Kejayaan negara dalam pelbagai bidang mampu meletakkan negara berada dalam landasan yang tepat ke arah menjadikan TN50 sebagai satu usaha untuk membentuk masa depan Malaysia.

2. Semangat Bangkit Bersama – Kejayaan yang cemerlang dalam Temasya Sukan Sea ke-29 melalui semangat patriotisme yang tinggi yang dizahirkan oleh atlet dan seluruh rakyat menunjukkan negara telah bangkit bersama.

3. Sudut Ekonomi :
KDNK suku kedua 2017 - Mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan pada kadar 5.8 peratus antara yang tertinggi di dunia.
Laporan State of The Global Islamic Economy 2016/2017 oleh Thomson Reuters - Malaysia menduduki tangga pertama secara keseluruhan daripada senarai 73 buah negara di dunia.

4. Islamic Saving Plan - KWSP dilaporkan mempunyai Islamic Saving Plan yakni Pelan Penyimpanan Islam yang terbesar di dunia.

5. InfraRakyat - Projek besar yang telah laksanakan seperti Lebuhraya Pan Borneo, MRT, Keretapi Laju Kuala Lumpur-Singapura atau HSR, East Coast Rail Link (ECRL) dijenamakan sebagai ‘InfraRakyat’ yang mana selain meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dalam pelbagai aspek, akan turut menjana serta memacu pertumbuhan ekonomi negara pada jangka masa panjang.

6. Petunjuk Pestasi Utama (KPI) – Penghargaan kepada semua kerana kementerian telah capai sasaran KPI sebanyak 63% sehingga Jun 2017.

7. Fenomena globalisasi dan cabaran baharu dalam bentuk permintaan dan ekspektasi pelanggan – Penjawat awam perlu mengubah aspek-aspek kerja ke arah yang lebih dinamik dan menjurus kepada produktiviti demi memenuhi kehendak pelanggan selain pembudayaan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang dilaksanakan di semua Kementerian.

8. Laporan prestasi fizikal dan perbelanjaan projek pembangunan RP2, RMKe-11 – Laporan yang dikeluarkan oleh ICU, JPM, sehingga 6 Ogos 2017, KKR berada di kedudukan ke lima di antara 25 kementerian dengan pencapaian 59.96% iaitu melebihi purata perbelanjaan nasional 53.03%.

9. Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) di Sarawak dan Sabah – Antara projek mega kerajaan yang menjadi pemangkin transformasi kehidupan rakyat dan akan membawa impak yang besar kepada kedua-dua negeri berkenaan dan rakyatnya termasuk dari segi pembangunan sosioekonomi.

10. Skim Kumpulan Wang Amanah Kontraktor (SKWAK) – Bantuan kewangan melalui SKWAK terbuka kepada kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan CIDB pada Gred G1 hingga G5 dan sehingga 31 Julai 2017, sebanyak 12 buah syarikat telah mendapat kemudahan dengan nilai pinjaman sebanyak RM4.93 juta.

11. Peranan KKR, JKR dan CIDB – Agensi teknikal kerajaan perlu memainkan peranan yang lebih komprehensif dan proaktif dengan memberi khidmat nasihat kepada kerajaan dan pihak yang memerlukan.

12. Sistem Pengurusan Aset Tak Alih atau MySPATA - KKR perlu mengambil inisiatif untuk memeriksa semua premis kerajaan di bawah kawalan kementerian supaya berada dalam keadaan baik dan terkawal dan penggunaan aplikasi MySPATA dilaksanakan sepenuhnya.

13. Perkhidmatan Transit Aliran Massa Fasa 1 (MRT1) dari Sg.Buloh ke Kajang (SBK Line) – Pelancaran rasmi telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri dan memberi impak positif kepada pengangkutan awam di samping mengurangkan kesesakan jalanraya. Oleh itu, penyediaan infrastruktur jalanraya, terutamanya di bandar besar, perlu dibuat secara berintegrasi dengan penyediaan sistem pengangkutan awam.

14. Pelan Induk Rangkaian Jalanraya HNDP 2030 bagi Semenanjung – Bahagian Perancang Jalan sedang melaksanakan kajian bagi penyediaan HNDP khusus untuk kawasan Lembah Kelang dengan mengambilkira keperluan integrasi dengan sistem pengangkutan awam yang dirancangkan.

15. Ucapan syabas dan tahniah kepada JKRPenganjuran 2 program buat kali pertama iaitu Hari Teknikal dan Kejuruteraan JKR 2017 dan Seminar Pengurusan Fasiliti JKR 2017. Hari Teknikal dan Kejuruteraan dianjurkan sebagai satu platform bagi orang awam mendapat informasi dan kesedaran tentang pentingnya pematuhan kepada aspek-aspek kejuruteraan dan teknikal dalam membangunkan semua negara yang maju lagi lestari dan peranan Jabatan Kerja Raya dalam membangun, mencorak dan menerapkan ciri-ciri `Best Engineering Practice’ ke dalam pelaksanaan pembangunan negara. Seminar Pengurusan Fasiliti JKR pula menekankan kepentingan dalam pengurusan fasiliti yang terancang dan terurus.

16. Sticker Tag Radio Frequency Identification (RFID) - Langkah awal ke arah Multi Lane Free Flow (MLFF), KKR melancarkan Pilot Project bagi pemasangan Sticker Tag Radio Frequency Identification (RFID) di lebuhraya terpilih di Lembah Klang pada 12 Julai 2017 yang lalu.

17. Pelancaran Kod Etika KKR - Pegangan dan amalan yang akan menampilkan ciri-ciri khusus warga KKR ketika melaksanakan tugas dalam pelbagai keadaan. Penghayatan integriti juga akan terjelma menerusi etika yang sempurna.

18. Penolong Jurutera Awam JA29 baru – Mengalu – alukan kehadiran seramai 321 orang Penolong Jurutera Awam JA29 yang melaporkan diri dan menjadi seorang penjawat awam yang berintegriti, berkomitmen dan berprestasi cemerlang.

19. Penutup - Warga kerja meneruskan usaha gigih dalam menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Perhimpunan Bulanan ditangguhkan pada jam 10.00 pagi.