Date: Rabu, September 7, 2016
Sukacita dimaklumkan YAB Perdana Menteri Malaysia telah melantik YBhg. Dato' Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya sebagai Ahli Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam bagi Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Awam bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional ke Gred 44 dan ke atas atau Gred setaraf berkuatkuasa mulai 29 Ogos 2016.
 
Warga JKR berbangga dengan perlantikan ini yang menunjukkan pengiktirafan kepada kepimpinan JKR  Malaysia dalam memberikan perkhidmatan teknikal yang cemerlang kepada negara.