Date: Rabu, Februari 17, 2016

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs.Ir. Rosland Bin Abd. Ghani,Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 18 Feb 2016.

Beliau telah mula berkhidmat sebagai Jurutera Awam pada 06 Ogos 1979, di JKR Melaka. Sepanjang berkhidmat selama hampir 37 tahun, beliau telah ditempatkan diantaranya di JKR Daerah Alor Gajah, JKR Jengka Pahang, JKR Daerah Kemaman, Kementerian Kebudayaan,Kesenian dan Pelancongan, Cawangan Kerja Bangunan Am, JKR Kuala Lumpur, Cawangan Kejuruteraan Jalan dan Geoteknik, JKR Negeri Kedah.

Di atas khidmat bakti beliau dalam perkhidmatan awam, beliau telah dianugerahkan beberapa Bintang dan Pingat. Antaranya :

1)Bintang Khidmat Terpuji (BKT) tahun 1990 - Kerajaan Negeri Melaka

2)Pingat Jasa Cemerlang (PJC) tahun 1998 - Kerajaan Negeri Terengganu

3)Pingat Darjah Kebesaran Johan Setia DiRaja (JSD) tahun 2006 - Wilayah Persekutuan

4)Darjah Kebesaran Johan Mahkota Wilayah (JMW) tahun 2009 - Wilayah Persekutuan

5)Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Kedah (AMK) tahun 2011 - Kerajaan Negeri Kedah

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amya sepanjang beliau berkhidmat di Jabatan ini. Semoga beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Dimaklumkan bahawa YBhg Dato Ir. Hj. Habbali bin Ibrahim, KPPK JKR WP Putrajaya akan menanggung kerja Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya bermula pada 18 Feb 2016 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.