Date: Rabu, Mei 24, 2017

Persidangan Jurutera Elektrik 2017 telah diadakan di CREaTE, Melaka pada 3-5 Mei 2017. Seramai 220 orang Jurutera Elektrik daripada pelbagai agensi kerajaan telah hadir ke persidangan ini. Persidangan ini dirasmikan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya, Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha. Turut hadir adalah bekas TKPKR (Sektor Pakar) Dato' Ir. Hj. Mohd Fazli bin Osman bagi menyampaikan amanat beliau.

Objektif:

1. Menyediakan platform kepada Pengurusan Atasan bagi menyampaikan hasrat dan halatuju jabatan kepada semua Jurutera Elektrik JKR di seluruh Malaysia bagi memastikan Visi, Misi dan Objektif tercapai.

2. Menyediakan forum bagi Pengurusan Atasan CKE untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan Jurutera Elektrik JKR di seluruh Malaysia.

3. Membuka peluang kepada Jurutera Elektrik JKR untuk berkongsi pengetahuan dan bertukar idea bagi meningkatkan ilmu dalam bidang kejuruteraan secara umum dan kejuruteraan elektrik secara khususnya.

4. Mengeratkan hubungan tali silaturrahim di antara Jurutera Elektrik JKR di seluruh Malaysia.

Antara intipati persidangan adalah:

1. Majlis Penyampaian Sijil/ Anugerah Pencapaian CKE 2016/2017.

2. Sesi Bual Bicara bersama bekas TKPKR (Sektor Pakar) Dato' Ir. Hj. Mohd Fazli bin Osman.

3. Taklimat Route to Professional Engineers Certification oleh Ir. Hizamul-Din Bin Abdul Rahman.

4. 12 pembentangan kertas kerja.

5. Lawatan ke Makmal Kajian Elektrik (CREaTE).

6. Majlis Persaraan Jurutera Elektrik – “Malam Bakti Disanjung Bukti Dijunjung”.