Date: Ahad, March 10, 2019

 

Persidangan Pegawai Kanan JKR Malaysia (SOC) Tahun 2019 bertemakan “JKR: PENERAJU INFRASTRUKTUR NEGARA” diadakan pada 9 - 11 Mac 2019, bertempat di Grand Ballroom, Hotel Equatorial, Pulau Pinang . Tema pada tahun ini signifikan dan bertepatan dengan aspirasi pegawai dalam meneroka masa depan untuk menempuh dan mendepani IR 4.0 serta penguatkuasaan AP182 yang bakal menguji JKR sebagai jabatan pelaksana teknikal negara.

Persidangan yang bermula pada 9 Mac dan dijadualkan berakhir pada 11 Mac 2018 melibatkan penyertaan seramai 400 orang pegawai-pegawai kanan JKR yang terdiri daripada Pengarah-Pengarah Cawangan dan Negeri, Jurutera Daerah,  Pegawai Kader yang mengetuai cawangan, bahagian dan unit dari seluruh negara.

Objektif utama penganjuran persidangan tahunan ini adalah platform kepada pegawai – pegawai kanan JKR untuk berkongsi ilmu pengetahuan, pengalaman, kepakaran serta menjadi medan perbincangan bagi isu dan perkara berkaitan Jabatan di samping saling bertukar buah fikiran dan pandangan serta mencetus idea - idea baru lagi inovatif dalam usaha meningkatkan tahap profesionalisme demi mencapai kecemerlangan penyampaian jabatan.

HARI PERTAMA / 9 MAC 2018

Persidangan Pegawai Kanan (SOC) JKR Malaysia dimulakan dengan Pembentangan Kertas Kerja. Moderator bagi sesi pembentangan ialah Ar. Zairul Azidin bin Badri. Sebanyak empat (4) kertas kerja telah dibentangkan iaitu (klik link tajuk untuk muat turun slaid pembentangan);

Kertas Kerja 1    : AP182 – Ke Arah Pelaksanaan Projek Pembangunan Yang Mampan
Pembentang       : YBhg. Dato’ Zahrul Hakim bin Abdullah (KKR)

Kertas Kerja 2     : Tajuk kertas kerja : Pemerkasaan AP182 – Harapan Kerajaan
Pembentang       : Ir. Hasnan bin Ab. Hamid (ICU, JPM)

Kertas Kerja 3     : Pemerbadanan, Pengkorporatan & Penswastaan Agensi Awam: Memastikan Kelestarian Kewangan
Pembentang        : Puan Norhana binti Abdul Azis (MOF)

Kertas Kerja 4     : Pemansuhan Fungsi Sesebuah Agensi Kerajaan – Implikasi Kepada Perkhidmatan Pegawai Awam Kerajaan
Pembentang        : En. Ahmad Azhan bin Mohd Noh @ Mohamed Nor (JPA)















Aturcara majlis diteruskan dengan sesi soal jawab oleh perserta persidangan. Sesi soal jawab bertumpu kepada topik pemerkasaan AP182 dan pengkorporatan JKR.


Pada sebelah petang, sesi diteruskan dengan penyampaian Anugerah Kontraktor Cemerlang 2019 telah diadakan yang disampaikan oleh YBhg. Dato' Dr. Syed Omar Sharifuddin bin Syed Ikhsan, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya. Berikut adalah senarai penerima Anugerah Kontraktor Cemerlang 2019;









 

Majlis diteruskan dengan sesi menandatangani MoU dan MoA seperti berikut;

Sesi tandatangan MoU kerjasama JKR dan Telekom Malaysia (TM);
Sesi tandatangan MoU kerjasama JKR dan Tenaga Nasional Berhad (TNB); dan
Sesi tandatangan MoA bagi Projek Kajian Secara Kolaborasi JKR dan USM.








Seterusnya pada jam 4.00 petang, majlis diteruskan dengan acara kemuncak yang dinanti-nantikan, iaitu Perasmian Persidangan Pegawai Kanan (SOC) JKR Malaysia 2019. Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah JKR Negeri Pulau Pinang iaitu YBrs. Ir. Shahabuddin Bin Mohd Muhayidin selaku tuan rumah pada kali ini, disusuli dengan ucapan oleh YBhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya, manakala ucapan perasmian disempurnakan oleh YB Tuan Haji Mohd Anuar bin Mohd Tahir, Timbalan Menteri Kerja Raya.

Turut hadir sama pada majlis perasmian ini ialah YBhg. Dato' Dr. Syed Omar Sharifuddin bin Syed Ikhsan, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, serta pegawai – pegawai kanan Jabatan Kerja Raya. Antara intipati ucapan YB Timbalan Menteri adalah;

  1. Sejarah ringkas tentang bagaimana JKR telah menyentuh pelbagai aspek kehidupan rakyat melalui penyediaan infrastuktur dan persekitaran yang lebih baik sekaligus memainkan peranan penting dalam pembangunan negara;
  2. KKR dan agensi di bawahnya, terutamanya JKR telah bersama-sama menerajui pembangunan lestari dalam industri pembinaan, bertepatan dengan Teras Strategik ke 6 dalam RMK-11 iaitu menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampanan dan daya tahan negara;
  3. Betapa mustahaknya JKR sebagai badan pelaksana teknikal utama negara untuk menerapkan pendekatan dan idea baru dengan tindakan segera perkara-perkara berikut;
  1. Penyediaan rekabentuk yang fleksibel dengan semua tempat/ tapak dan keadaan;
  2. Penggunaan inovasi dalam bahan binaan mengikut kesesuaian dan sistem di dalam kerja-kerja pembinaan dan penyenggaraan;
  3. Peluasan penggunaan kaedah Sistem Pembinaan Berindustri (IBS) bagi memendekkan tempoh masa penyiapan projek;
  4. Pengurangan karenah birokrasi melalui kolaborasi di antara agensi-agensi kerajaan pusat, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan agensi swasta; dan
  5. Peluasan penggunaan Building Information Modelling (BIM) dalam pelaksanaan projek yang dapat mengurangkan pembaziran dan tempoh pembinaan ke tahap yang minima.

YB Timbalan Menteri juga menyarankan semua pegawai JKR untuk Memperkasa Ilmu & Kepakaran Teknikal bagi menghadapi cabaran perubahan yang bakal dihadapi.

Klik link untuk muat turun pdf :

Ucapan Aluan Ketua Pengarah Kerja Raya; dan

Ucapan Perasmian SOC 2019 TImbalan Menteri Kerja Raya

 

Majlis diakhiri dengan lawatan pameran oleh YB Timbalan Menteri Kerja Raya. Persidangan akan bersambung pada hari Ahad, 10 Mac 2019.