Date: Khamis, September 1, 2016
Bahagian Komunikasi Korporat (BKK), Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, Jabatan Kerja Raya Malaysia akan menganjurkan pertandingan Facebook - #jendelakomunikasi sempena Program Persada Minda @ JKR 2016 yang akan berlangsung pada 28 - 29 September 2016 (Rabu & Khamis) bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kementerian Kerja Raya. Sehubungan itu, pihak kami mengalu-alukan penyertaan daripada seluruh warga JKR untuk menyertai pertandingan ini. Berikut adalah syarat-syarat pertandingan:
 
1. Pertandingan ini dikhaskan kepada warga JKR dan bekas warga JKR sahaja.
2. Peserta hanya perlu mengambil foto (tiada had jumlah atau penyertaan) yang berkaitan dengan tema program iaitu 'Komunikasi Jendela Ilmu'. 
3. Poskan foto dan kapsyen anda di halaman Facebook masing-masing (dalam tetapan public) beserta Hashtag #persadaminda@jkr, #jendelakomunikasi dan #jkrilmu.
4. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 23 SEPTEMBER 2016 (JUMAAT)
5. Calon pemenang akan dihubungi oleh urusetia pertandingan melalui mesej peribadi (private message) Facebook
Hadiah menarik menanti pemenang, yang akan disampaikan semasa Majlis Persada Minda@JKR 2016 pada 29 Sept 2016.