Date: Jumaat, Mei 10, 2019

                     
Semua warga Cawangan/Bahagian/Unit di Ibu Pejabat JKR Malaysia dan CREaTE adalah dipelawa untuk menyertai Pertandingan Inovasi CREaTE Dan Zon Ibu Pejabat JKR Malaysia 2019 bertempat di CREaTE, Melaka.

Penyertaan adalah terbuka kepada semua warga Ibu Pejabat JKR 2019 dan CREaTE JKR dalam bentuk kumpulan sekurang-kurangnya dua (2) orang tetapi tidak melebihi sepuluh (10) orang bagi setiap kumpulan meliputi semua peringkat gred, jawatan dan disiplin.

Tarikh akhir penyertaan adalah pada 21 Mei 2019, selewat-lewatnya Jam 4.00 petang, menerusi e-mail atau hantar sendiri kepada Unit Inovasi Kejuruteraan CREaTE.

Dua kategori utama yang akan dipertandingkan adalah seperti berikut:
 

  1. Pengurusan dan Pentadbiran.
    i.  Aplikasi mudah alih yang membantu operasi tugas seharian
    ii. Penambahbaikan dan pemantauan mutu perkhidmatan awam
     
  2.  Teknikal dan Teknologi Kejuruteraan
    i. Kategori Jalan (semua disiplin Jurutera, Arkitek, Ukur Bahan dan Senggara Jalan)
    ii. Katergori Bangunan (semua disiplin Jurutera termasuk Mekanikal dan Elektrikal, Arkitek, Ukur Bahan, Bangunan dan Senggara Bangunan)
    iii. Kategori Cerun (semua disiplin Jurutera, Arkitek dan Senggara)