PERTANDINGAN PENULISAN BLOG 'EKSPRESI MINDA JKR
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera, 1. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Perpustakaan, Bahagian Komunikasi Korporat (BKK) Cawangan Pengurusan Dasar & Korporat menganjurkan Pertandingan Penulisan Blog "Ekspresi Minda JKR @ 2015" sempena Program Persada Minda@JKR yang akan berlangsung pada 20 - 21 Oktober 2015 (Selasa & Rabu) bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kementerian Kerja Raya. 2. Sehubungan dengan itu, pihak kami mengalu-alukan penyertaan daripada seluruh warga JKR untuk menyertai pertandingan ini yang bermula dari 2 Oktober 2015 (Jumaat) hingga 20 Oktober 2015 (Selasa). Berikut adalah Syarat-syarat Penyertaan Pertandingan: i) Terbuka kepada semua warga JKR ii) Tiada had bilangan penyertaan untuk setiap individu iii) Penyertaan penulisan menggunakan Bahasa Melayu iv) Panjang penulisan hendaklah di antara 100 – 200 patah perkataan v) Hasil karya ciplak, plagiat atau terjemahan terus tidak akan diterima vi) Penulisan hendaklah merangsang minda, menjana kreativiti dan menyumbang kepada kecemerlangan JKR vii) Penyertaan hendaklah dikemukakan dalam format Microsoft Word, font Arial (12) 3. Karya penulisan hendaklah dalam konteks JKR seperti dari segi pengurusan, produktiviti, halatuju kepimpinan, budaya kerja, nilai-nilai murni dan kebajikan kakitangan warga JKR. Berikut adalah contoh-contoh topik sebagai panduan penulisan : i) Jalinan kepelbagaian disiplin di JKR ii) Anjakan paradigma budaya kerja jabatan iii) Menyelami hasrat dan keperluan pelanggan iv) Pembangunan kompetensi warga JKR v) Kuasa minda positif dalam menangani cabaran kerja vi) Memanfaatkan media sosial dalam tugasan rasmi Penulis juga bebas menulis sebarang topik berkaitan JKR selagi tidak menyentuh isu-isu sensitiviti kaum, agama dan budaya. 4. Tarikh tutup penyertaan adalah 20 Oktober 2015 (Selasa) jam 4.30 petang. Penyertaan hendaklah dikemukakan melalui emel ini (jkrlib [at] jkr.gov.my) beserta lampiran penulisan. Semua hasil penulisan akan dimuatnaik di laman blog ekpresimindajkr.wordpress.com. Tiga (3) peserta terbaik akan menerima hadiah yang akan disampaikan pada majlis penutup Program Persada Minda @ JKR 2015 pada 21 Oktober 2015 (Rabu). 5. Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 03-26107032 / 26107031 atau melalui email ini. Sekian, terima kasih. Unit Perpustakaan & Sumber Bahagian Komunikasi Korporat Cawangan Pengurusan Korporat Jabatan Kerja Raya Malaysia Tel : 03-26107032 Faks: 03-26112507 email: jkrlib [at] jkr.gov.my
"TAJAM PENA KERANA MINDA, TAJAM MINDA KERANA MEMBACA" |
|
- 1218 bacaan