Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera & Salam Sehati Sejiwa
| ||
Melalui laman web ini juga, JKR akan cuba menyediakan maklumat kepada tiga golongan pengguna yang utama iaitu orang awam, juruperunding dan kontraktor. Bagi juruperunding dan kontraktor, maklumat seperti kenyataan tender dan penerbitan berkaitan informasi teknikal juga ada disediakan. Untuk orang awam pula ianya boleh di perolehi seperti maklumat dan peristiwa yang tidak dapat diramal dan terkini sebagai contoh tanah runtuh, banjir dan seumpamanya di dalam Laman Bencana Alam. Peta Jalan dan Direktori Pegawai yang hendak di hubungi juga disediakan untuk memudahkan orang ramai membuat rujukan. JKR berharap agar pengguna selesa untuk melayari Laman Web yang berinformasi ini. JKR juga mengalu-alukan sebarang aduan dan pertanyaan dan boleh menghubungi kami pada bila-bila masa. Maklumbalas dan cadangan yang berguna untuk kebaikan jabatan ini sangatlah dihargai. Mudah-mudahan kami dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik untuk anda.
|
- 65353 bacaan