Date: Jumaat, November 18, 2016
PUTRAJAYA 17 Nov.- Penjawat awam yang terbabit dalam sebarang aktiviti perhimpunan haram yang dijadual berlangsung di ibu negara Sabtu ini boleh dikenakan tindakan tatatertib termasuk dipotong gaji dan juga dibuang daripada perkhidmatan. 
 
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, tindakan tersebut boleh dikenakan ke atas mana-mana penjawat awam yang didapati melanggar peraturan serta mengambil bahagian dalam perhimpunan haram tersebut. "Tindakan yang akan dikenakan juga bergantung kepada sejauh mana penglibatan mereka di dalam perhimpunan tersebut, kita akan melihat gambar-gambar dan juga video untuk mengenalpasti penjawat awam yang terlibat. "Kita melarang kakitangan awam untuk terbabit dalam aktiviti seperti itu serta memberi amaran keras terhadap mana-mana pihak yang melanggar arahan ini," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE.