Date: Khamis, March 16, 2017
Sukacitanya dimaklumkan bahawa PERTUBUHAN PROFESIONAL JKR MALAYSIA (ProJKRM) sempena dengan MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) KE-11 (SEBELAS) 2017 ProJKRM akan melaksanakan program seperti berikut:
 
PROGRAM    : ‘CHIT CHAT’ KPKR BERSAMA PEGAWAI PROFESIONAL MUDA JKR
 
TEMA             : TN50 - ASPIRASI DAN HALA TUJU JABATAN
 
TARIKH            : 28 MAC 2017 (SELASA)
 
TEMPAT          : DEWAN TAN SRI MAHFOZ KHALID, KOMPLEKS KERJA RAYA, KUALA LUMPUR
 
KUMPULAN SASARAN           : TERBUKA KEPADA SEMUA PEGAWAI PENGURUSAN & PROFESIONAL JKR
 
BILANGAN PENYERTAAN      : 300 ORANG
 
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 21 MAC 2017 (SELASA)
 
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi ‘PELUANG’ kepada semua pegawai professional JKR terutamanya golongan muda (berumur 45 tahun ke bawah) untuk memberi pandangan terus kepada YBhg. Dato’ Sri KPKR dalam merangka hala tuju jabatan pada masa hadapan. Pandangan daripada tuan/puan adalah amat diharapkan memandangkan tuan/puan merupakan bakal peneraju JKR pada masa hadapan. Jemputan ini tidak terhad kepada pegawai berumur 45 tahun ke bawah sahaja. Kehadiran semua lapisan umur pegawai Pengurusan & Profesional JKR adalah amat dialu-alukan. Sekiranya berminat untuk menyertai program ini, tuan/puan dimohon untuk mengemaskini butiran peribadi pada link berikut : 
 
 
Surat jemputan hanya akan dikeluarkan melalui email kepada peserta yang telah memberikan maklumat pada link di atas sahaja.
 
Bersama -sama ini  juga disertakan NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) Ke-11 (SEBELAS) 2017 ProJKRM untuk rujukan tuan/puan. Lanjutan itu juga, kaunter pendaftaran ahli baru dan semakan keahlian ProJKRM akan dibuka pada hari tersebut.
 
Sekian, terima kasih.
 
 
“PROFESIONAL TERAS KECEMERLANGAN”
 
Pegawai untuk dihubungi :
 
Siti Khadijah binti Othman
Emel    : skhadijah.jkr@1govuc.gov.my
No. Tel : 018-232 7554
 
Nurulhuda binti Almohtar
Emel    : nurulhudaa.jkr@1govuc.gov.my
No. Tel : 013-300 1311