Date: Jumaat, Oktober 27, 2023

Program JKR BIM Day anjuran bersama Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB) dan Pertubuhan BIM Malaysia telah berlangsung dengan jayanya pada 25 Oktober 2023 di Sime Darby Convention Centre Kuala Lumpur. Program yang bertemakan “Transforming Digital Construction with Emerging Technologies” ini telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ybhg. Dato’ Ir Roslan bin Ismail, Pengarah Kanan CPAB dan telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Datuk Ir Ahmad Redza bin Ghulam Rasool. Beliau juga turut melancarkan dua (2) buah buku iaitu Building Better with BIM yang diterbitkan melalui kerjasama di antara JKR dan USM serta JKR BIM Report 11th Malaysia Plan (2016-2020) yang dihasilkan oleh Unit BIM CPAB. 

Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan berjaya menarik minat seramai 675 peserta yang terdiri daripada pegawai JKR, agensi-agensi Kerajaan, pemain industri dan warga akademik. Seramai tujuh belas (17) penceramah telah memberikan pembentangan di dewan Knowledge Arena dan Project Showcase termasuk Ronan Collins (HSS Engineers) yang memberikan ucaptama. Selain itu, sebanyak 24 syarikat telah mempamerkan teknologi terkini BIM dan 4IR di ruang reruai dan Technology Update.

Program ini juga diserikan lagi dengan majlis penyampaian Anugerah BIM JKR 2023 kepada para pemenang yang terdiri daripada para pegawai JKR, pemain industri dan para pelajar institusi pengajian tinggi. Program diakhiri dengan forum yang bertajuk "The Evolution of the Traditional Roles in Digital Transformation" yang menampilkan empat (4) panel berpengalaman dalam bidang BIM dan teknologi 4IR.

Diharapkan program ini dapat meningkatkan tahap kesediaan semua pemegang taruh bagi menjayakan pelaksanaan BIM dalam projek JKR dan memacu pendigitalan industri pembinaan di peringkat kebangsaan.

program BIM

program BIM

program BIM

program BIM

program BIM

program BIM