Date: Jumaat, Februari 7, 2025

Pada 6 Februari 2025, inspirasi “I am JKR” telah diterjemahkan melalui Program Brisk Walk YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya bersama – sama barisan Pengurusan Atasan jabatan di sekitar Ibu Pejabat JKR Malaysia bermula di Blok G, Blok F, Dewan Tan Sri Mahfoz, Bangunan Parlimen Lama, Blok A dan B. Program ini dilaksanakan selaras dengan hasrat Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 – 2030 di bawah Bidang Keberhasilan Reformasi 3, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) iaitu pembudayaan keseronokan bekerja sektor awam dan gaya hidup sihat bagi mewujudkan penjawat awam dan organisasi berprestasi tinggi. 

Selain itu, ia juga menjadi wadah perkongsian ilmu teknikal bagi isu projek di persekitaran pejabat, jenis – jenis infrastruktur, sejarah asal usul bangunan selain isu – isu berbangkit yang ada disepanjang laluan tersebut. Jalinan ukhwah dan nilai kebersamaan JKR semua pegawai menjadi hasrat utama YBhg. Datuk Wira Ketua Pengarah Kerja Raya melalui “I am JKR”.

Program ini turut dihadiri oleh YBhg Dato’ Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), Pengarah – Pengarah Kanan dan Pengarah Cawangan di sekitar kompleks Ibu Pejabat JKR Malaysia. Semoga pembudayaan ini disebarluaskan ke peringkat cawangan, negeri dan daerah bagi mencapai inspirasi pucuk tertinggi jabatan dan negara amnya.

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy 
#JasaKepadaRakyat