Date: Khamis, Mei 25, 2017

 

 

Majlis Bual Bicara Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg. Dato’ Sri Zainal Rahim Bin Seman telah diadakan pada 26 Mei 2017 bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Ibu Pejabat JKR Malaysia. Program bermula pada jam 11.00 pagi setelah ketibaan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), dimulakan dengan ucapan aluan daripada Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, Dato' Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha selaku moderator program. YBhg. Dato Sri telah menyampaikan beberapa amanat penting dalam penyampaian yang bertajuk Transforming The Public Service – Opportunities, Vulnerabilities and Better Futures.

Antara amanat yang disampaikan bagi santapan minda seluruh warga JKR Malaysia adalah:

·        Bagi menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan, Kerajaan akan melaksanakan Pelan Transformasi di setiap kementerian bagi mengukuhkan dan menyusun semula sesebuah organisasi untuk kekal relevan dengan arus pembangunan kini.

·        Penyampaian perkhidmatan awam pada masa akan datang hendaklah perkhidmatan yang berprestasi tinggi dengan peningkatan produktiviti secara berterusan; juga perkhidmatan yang berintegriti tanpa sebarang kelewatan.

·        Berdasarkan Rancangan Malaysia Ke-11:

i) Strengthening Talent Management for the Public Service of the Future - Kepakaran warga JKR yang terdiri daripada Jurutera, Arkitek dan Jurukur Bahan yang telah bersara perlu digembleng bagi membantu Jabatan.

ii)Rationalising Public Sector Institutions for Greater Productivity and Performance –Perkhidmatan Awam telah melaksanakan Pekeliling Exit Policy bagi warga kerja yang tidak berprestasi baik bagi menstruktur semula dan menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan.

·        Wawasan Nasional: kita perlu taat setia kepada Raja dan Negara

·        Internal Drivers of Change: Leadership, Governance, Workforce, Work Environment and Communication & Networking

·        External Drivers of Change: Demographic Change, Safety & Security, Public Reception, Economy Growth & Sustainability and Technology Advancement

·        Hero Jabatan adalah individu yang berintegriti dan komited terhadap tugas serta menghasilkan projek dalam masa yang ditetapkan

·        Perlu menghargai dan mengiktiraf pekerja di bawah tanggungjawab kita

Program berakhir pada jam 12.10 tengahari dengan sesi fotografi bersama warga JKR. JKR Malaysia mengucapkan setinggi penghargaan kepada Dato' Sri Zainal Rahim bin Seman serta seluruh warga JKR di atas kerjasama menjayakan program ini.