Program Intensif Calon Jurutera Profesional JKR 2024 ini bertujuan untuk melahirkan lebih ramai pegawai profesional yang bertauliah, kompeten, dan berkredibiliti, bagi meningkatkan profesionalisme para pegawai dalam sektor awam khususnya JKR dan juga bagi melahirkan tenaga kerja mahir serta modal insan yang cemerlang, berketrampilan dan berdaya saing di peringkat global. Seramai 400 orang calon yang terlibat daripada pelbagai disiplin (Awam, Elektrik dan Mekanikal) dalam kalangan Warga JKR Ibu Pejabat, JKR Cawangan, JKR Negeri dan Kader.
Di samping itu, melalui program ini juga ianya dapat memberi penekanan dalam beberapa aspek seperti :
- Memberi panduan dan pendedahan kepada jurutera JKR untuk memiliki kelayakan profesional bertauliah untuk kemajuan kerjaya.
- Memberi panduan untuk memahami prosedur permohonan pendaftaran profesional melalui badan-badan profesional iaitu Lembaga Jurutera Malaysia (BEM).
- Memberi panduan dan hands on kaedah penyediaan laporan Out Come Base BEM yang mana merupakan laporan berdasarkan kompetensi dan pengalaman kerja bagi persediaan menghadapi temuduga dan peperiksaan bertulis Jurutera Profesional.
Semoga usaha CREaTE dan BEM dalam menjayakan program ini dapat mewujudkan lebih ramai lagi pegawai JKR yang berkredibiliti dan kompeten selaras dengan hasrat Jabatan.
- 1873 bacaan