Date: Jumaat, Januari 17, 2025
15 Januari 2025 (Rabu) - Cawangan Perancangan Aset Bersepadu JKR dengan kerjasama Pertubuhan BIM Malaysia (PBM) dan Autodesk telah mengadakan Program JKR BIM TRAiL 2024 zon tengah di Dewan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Ibu Pejabat JKR Malaysia. Program ini merupakan penutup siri jelajah JKR BIM TRAiL 2024 yang telah diadakan di lima lokasi sepanjang tahun 2024.
 
Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya dan disaksikan oleh YBrs. Ir. Maria binti Marcus, Pengarah Kanan Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, JKR Malaysia. Program berkonsepkan ‘Training and Lectures’ (TRAiL) ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan tahap kefahaman para pegawai JKR, perunding dan kontraktor yang sedang terlibat dalam pelaksanaan BIM di peringkat fasa pembinaan projek. Program yang diadakan selama dua (2) hari ini merangkumi sesi taklimat keperluan teknikal dan kontrak, klinik BIM dan bengkel aplikasi perisian secara hands on. Tenaga pengajar yang terlibat adalah seperti berikut:
 
Hari Pertama:
Pelaksanaan BIM di JKR – Ir. Ts. Mohd Faiz bin Shapiai
Tatacara Pelaksanaan Projek Secara BIM – Ir. Ts. Mohd Faiz bin Shapiai
BIM Technology Update – En. Mohd Lutfil Hadi bin Mohd Hamzah
Klinik BIM: BIM Project Execution Plan – Ts. Zainariah binti Zainal Abidin
Klinik BIM: Pengurusan Data – Ir. Ahmad Syukri bin Bukhari
 
Hari Kedua:
Bengkel BIM Arkitek – Ruzaireen binti Kamaruzaman
Bengkel BIM Struktur – Ir. Ts. Mohd Faiz bin Shapiai/ Nur Hafizah binti Abu Harith
Bengkel BIM Sivil – Ts. Zainariah binti Zainal Abidin
Bengkel BIM Mekanikal – Nor Fadzlina binti Amari
Bengkel BIM Elektrik – Ir. Ahmad Syukri bin Bukhari/ Nahziatul Shima binti Ismail
Bengkel BIM Jalan – Ir. Tou Yok San / Ts. Siti Maisarah binti Yahya/ Siti Hajar binti Aziz
 
Terdahulu, Program JKR BIM TRAiL ini telah diadakan di lima (5) buah negeri sepanjang bulan Mei-September 2024 mengikut zon iaitu di Pulau Pinang, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak. Secara keseluruhan, program di enam (6) zon ini telah merekodkan kehadiran seramai 700 peserta.
 
Berdasarkan maklum balas peserta, program ini amat sesuai diadakan dan perlu diteruskan kerana ia dapat membantu meningkatkan tahap kefahaman, pengetahuan dan kemahiran pihak yang terlibat dalam pelaksanaan BIM.
 
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Pertubuhan BIM Malaysia dan Autodesk selaku penganjur bersama dalam menjayakan program siri jelajah ini.
 
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
 
Majlis penutupan program oleh YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya.
Program JKR BIM TRAiL (Zon Utara)
Program JKR BIM TRAiL (Zon Timur)
Program JKR BIM TRAiL (Zon Selatan)
Program JKR BIM TRAiL (Sabah)
Program JKR BIM TRAiL (Sarawak)