Pada 12 November 2024, Bahagian Integriti, Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia dengan kerjasama JKR Daerah Jasin telah menganjurkan Program Kembara Integriti JKR Negeri Melaka 2024 yang dilaksanakan di Dewan Perpustakaan Daerah Jasin, Melaka.
Majlis dimulakan dengan ceramah integriti bertajuk “Rasuah Bukan Budaya Kerja” yang disampaikan oleh KPKPs Mohd Sufian bin Mohd Khalid. Ceramah ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan integriti dalam persekitaran kerja.
Seterusnya, acara diteruskan dengan sesi lafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR), yang dipimpin oleh Ir. Khairil Hafiz bin Yahya, Jurutera Daerah Jasin, dan disaksikan oleh Ir. Mohamad Salzeli bin Mokhtar, Pengarah Kerja Raya Negeri Melaka. Turut hadir menyaksikan ikrar tersebut adalah Ps Muhammad Aiman Lingen bin Abdullah, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Melaka.
Program Kembara Integriti diteruskan dengan sesi forum integriti yang bertemakan “Budaya Integriti, Asas Pembangunan Negara”. Panel jemputan ialah Encik Sofian bin Abu Kassim dari Bahagian Integriti dan Dr Hannerita binti Mohamad Zainal dari Cawangan Kerja Keselamatan. Forum ini bertujuan untuk menyemai, memperkasa, dan memupuk budaya integriti dalam kalangan warga organisasi khususnya JKR Negeri Melaka. Melalui sesi perbincangan dan perkongsian, forum ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan integriti sebagai asas pembinaan organisasi yang telus, amanah, dan bebas dari sebarang bentuk penyelewengan.
Program diakhiri dengan ceramah bertajuk “Potensi Diri” yang disampaikan oleh En. Fidri bin Ali, Pengerusi Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) JKR Malaysia. Ceramah ini diharap dapat menyemai semangat warga JKR Melaka dalam memperkukuh budaya integriti dan tanggungjawab bagi melaksanakan amanah dalam pembangunan negara.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
- 580 bacaan