Pada 28 Ogos 2024 (Rabu), Jabatan Kerja Raya Daerah Kuala Langat telah menjalankan Program Kerja Undi Bagi Tahun 2024. Program kerja undi ini merupakan program tahunan yang bertujuan bagi memilih dan melantik kontraktor kelas G1 di daerah Kuala Langat, untuk pelaksanaan kerja-kerja kontrak awam di bawah peruntukkan MARRIS Negeri Selangor Darul Ehsan.
Program telah dirasmikan oleh Ir. Hanif Bin Latif, Jurutera Daerah, JKR Kuala Langat dan En. Abdul Razak Bin Sulaiman daripada Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia, Daerah Kuala Langat turut hadir sama dalam menjayakan program pada hari ini.
Sebanyak 22 buah kontrak kerja ditawarkan dan sejumlah 254 buah syarikat kontraktor telah menyertai sesi undian pada kali ini. Tahniah kepada semua kontraktor yang berjaya. Adalah diharapkan pihak kontrakor yang berjaya dapat melaksanakan kerja-kerja di tapak mengikut perancangan ditetapkan.
- 1028 bacaan