Date: Jumaat, April 14, 2023

Segala Puji bagi Allah SWT, berorentasikan sambutan World Quran Hour 2023  #QuranHour yang disambut serentak di seluruh dunia pada 13 April 2023, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) melalui Kelab Sukan dan Kebajikan CDPK (KSKCDPK) telah menganjurkan Program Khatam Al-Quran CDPK Tahun 2023 bertempat di Surau Menara Kerja Raya, Blok G dengan penyertaan 125 peserta. 

Program ini melibatkan penyertaan 11 bahagian terdiri daripada hampir 350 warga CDPK dengan pembahagian 30 juz lembaran Al-Quran, mengikut bahagian masing-masing melalui sesi tadarus bermula awal bulan Ramadan Al-Mubarak.

Dalam ucapan perasmian program YBhg. Dato’Ir. Hj. Masri Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK), penganjuran Tadarus CDPK 2023 dan World #QuranHour diharap dapat mendidik warga CDPK dengan akhlak Al-Quran agar sentiasa membaca, memahami dan mengamalkankanya. Beliau turut memetik Sabdaan Rasulullah SAW daripada Riwayat Muslim (804)

“Bacalah al-Quran, kerana ia akan datang pada hari kiamat untuk memberikan syafaat kepada pembacanya.”)

Bacaan Khatam Al-Quran CDPK 2023 bermula daripada bacaan Surah Al-Qadr hinggalah Surah An-Nas yang diketuai En. Aidil Arif b. Abdul Malek, Bahagian Sekretariat kemudian disudahi dengan doa’ khatam Al-Quran oleh En. Muhammad Nuh b. Ahmad Zakri, Bahagian Pengurusan Kualiti.  Kesinambungan program #QuranHour2023 diteruskan lagi, iaitu Tadabbur Surah Al-Insan, oleh YBrs. Ir. Hj. Abdul Rani b. Harun Ketua Bahagian Pengurusan Kualiti (BPK). 

Syukur Alhamdulillah, program Khatam Al-Quran melabuhkan tirainya dengan bacaan Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW beramai-ramai dan bersalam-salaman.  

Sekalung penghargaan kepada pihak Urusetia Program dan semua warga CDPK yang telah menjayakan program yang bermanfaat ini. 

Pucuk selasih bertunas menjulang,
Dahannya patah tolong betulkan,
1 Syawal hampir menjelang,
Salah dan khilaf mohon dimaafkan.