Date: Isnin, Disember 2, 2024 

Pada 28 November 2024, Khamis - Satu Program Latihan Keselamatan Kebakaran (Fire Drill) telah disertai seramai 1030 orang termasuk pengurusan atasan, pegawai dan kakitangan sokongan di Blok G, Menara Kerja Raya, Ibu Pejabat JKR Malaysia. Program ini merupakan anjuran Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan (JKK) Premis Menara Kerja Raya, JKR Malaysia dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Tujuan latihan diadakan adalah untuk memberi pendedahan secara langsung kepada warga kerja di Menara Kerja Raya berkaitan prosedur menyelamatkan diri jika berlaku sesuatu kecemasan yang melibatkan kebakaran. Pegawai dan kakitangan juga turut diberi peluang mencuba demonstrasi memadamkan kebakaran menggunakan Alat Pemadam Api (Fire Extinguisher).
Latihan berakhir dengan ‘post-mortem’ berkenaan perjalanan keseluruhan latihan oleh penyelaras latihan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga kerja diatas komitmen dan kerjasama yang diberikan.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat



- 1711 bacaan