Program Library2U@JKR: Jom Baca Bersama 10 Minit telah berlangsung pada 23 April 2025 (Rabu) bertempat di Ruang Legar Aras Plaza, Menara Kerja Raya (Blok G) Ibu Pejabat JKR Malaysia. Program anjuran Bahagian Komunikasi Korporat, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat ini diadakan bersempena sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia dengan tema “Nikmati Saat Ini”.
Selain itu, program ini merupakan salah satu Program Galakan Membaca oleh Perpustakaan JKR bagi tahun 2025, selain daripada memberi sokongan Program Galakan Membaca Sektor Perpustakaan, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) 2020-2030, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Antara objektif program adalah: -
- Mendorong rakyat Malaysia untuk membaca;
- Memulakan langkah awal selama 10 minit, sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan;
- Menyemarak amalan membaca sebagai gaya hidup rakyat Malaysia;
- Menggarap kolaborasi semua kementerian;
- Menyemai semangat cintakan ilmu dalam kalangan warga Malaysia;
- Menerapkan nilai dan budaya cinta akan buku dan cinta akan ilmu di kalangan warga jabatan; dan
- Menjadikan pemimpin sebagai ikon membaca kepada rakyat.
Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim Bin Esa dan turut dihadiri Dato’ Ir. Ts. Haji Masri Bin Baharuddin, Pengarah Cawangan dan Pengurusan Korporat.
Dalam masa yang sama, sesi Bual Bicara bertajuk “Anak Autisme, Jambatan Syurga Kita” turut dilaksanakan untuk memberi kesedaran dan pengenalan berkenaan anak isitimewa ini kepada warga jabatan. Sesi Bual Bicara ini berlangsung selama dua jam menampilkan dua orang panel, iaitu Dr. Aminah Binti Kassim, Pakar Psikatri Kanak-kanak dan Remaja serta penulis buku “Uwais Oh Uwais: Diari Ibu Anak Autisme”, Puan Wardah Sina yang juga merupakan seorang pustakawan dan telah dikendalikan oleh Encik Suhaimee Abd. Gani, Pegawai Psikologi KKR.
Pengisian-pengisian lain yang telah dilaksanakan adalah:
- Pelancaran kempen Wakaf Buku JKR “Take a Book, Give a Book, Share a Book”;
- Pameran Manuskrip Melayu yang turut membawa replika manuskrip Hikayat Hang Tuah; dan
- Pameran Nadir yang dibawakan khusus dari Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), disamping jualan makanan yang dikendalikan oleh Kelab Sukan Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (KSCDPK).
Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi menyemai serta menyuburkan semula amalan membaca. Jadikan ia sebagai titik mula kepada budaya ilmu yang lebih menyeluruh dalam organisasi yang kita sayangi ini.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
- 231 bacaan