Date: Rabu, April 19, 2017

Dalam usaha untuk memupuk hubungan yang lebih erat dan harmoni ke arah merealisasikan objektif penyampaian perkhidmatan yang lebih cemerlang, satu Program Pemantapan Integriti dan Sahsiah Diri Jurutera Daerah JKR Malaysia 2017 telah dilaksanakan pada 13 April 2017 sehingga 16 April 2017 (Khamis- Ahad) dimana melibatkan Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) dan Jurutera – Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya seluruh Malaysia yang melibatkan seramai 81 orang peserta. Tempat  Program diadakan  di Taman Negara Endau Rompin, Selai (Bekok), Johor dimana program ini telah dilaksanakan dengan jayanya dengan kerjasama  Jabatan Kerja Raya Negeri Johor & JKR Daerah Segamat, Johor.

Antara program yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:

1) Tarikh : 13 April 2017 (Khamis)   Tempat : Dewan Jubli Intan, Segamat, Johor

Satu Mesyuarat Khas Jurutera Daerah JKR Malaysia & Amanat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia telah diadakan  jam 8.30 malam di Dewan Jubli Intan, Segamat Johor. Pengerusi Jurutera-Jurutera Daerah JKR Malaysia telah melafazkan bacaan ikrar Penjawat Awam di ikuti oleh semua Jurutera-Jurutera Daerah dan disaksikan oleh YBhg. Dato Sri’ KPKR dan YBrs. Pengarah JKR Negeri Johor. Antara agenda mesyuarat yang telah dilaksanakan pada malam tersebut adalah Pembentangan berkenaan Rubberised Pavement yang telah disampaikan oleh YBrs. En. Haizam dari Create, Amanat daripada Dato’ Sri KPKR dan Taklimat Program Pemantapan Integriti & Sahsiah Diri di Taman Negara Selai yang telah disampaikan oleh YBrs. En. Azman Ismail (Jurutera Daerah JKR Segamat).

2) Tarikh : 14 April 2017 – 16 April 2017  (Jumaat – Ahad)   

Tempat: Taman Negara Endau Rompin, Selai (Bekok), Johor Baharu

Antara Aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang program diadakan adalah seperti berikut:

14 April 2017 (Hari Pertama)

Semua peserta berkumpul di JKR Daerah Segamat dimana Pendaftaran dan pemeriksaan Kesihatan dilaksanakan (ujian saringan) kepada peserta program. Peserta program bertolak masuk ke Taman Negara Endau Rompin, Selai (Bekok) dengan menaiki 4WD yang mengambil masa selama 2 jam 30 minit dari JKR Daerah Segamat Johor. Aktiviti yang telah dilaksanakan pada hari tersebut adalah aktiviti Tubing (sebelah petang) dan Modul 1 (Jungle Survival – Ikhtiar Hidup di Hutan ) (sebelah malam).

 

15 April 2017 (Hari Kedua)

Pagi

Senaman pagi diadakan sebelum peserta melaksanakan aktiviti Jungle Tracking  - Takah Tempaang (2km) dimana mengambil masa selama 4 jam pergi  dan 1 jam balik dimana aktiviti ini menguji kemampuan kumpulan serta memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan bagi menyelesaikan tugasan yang telah diaturkan oleh pihak BOMBA.

Malam

Aktiviti diteruskan dengan Jamuan Makan Malam (BBQ) yang disediakan oleh warga JKR Segamat.

 

16 April 2017 (Hari Ketiga)

Majlis Penutupan telah dilaksanakan oleh Dato’ Sri KPKR dengan menandatangi Buku Pelawat Taman Negara Endau Rompin, Selai (Bekok) dan Program CSR dimana Dato Sri’ KPKR & semua Jurutera Daerah JKR Malaysia menanam pokok hutan di kawasan Taman Negara dengan bertemakan '1 Pokok 1 Negeri' (1P1N). Program Pemantapan Integriti & Sahsiah Diri Jurutera Daerah JKR Malaysia berakhir lebih kurang jam 10.00 pagi.

Pihak urus setia mengucapkan ribuan jutaan terima kasih kepada seluruh warga JKR Daerah JKR Segamat yang telah membantu bagi menjayakan dan merealisasikan Program Pemantapan Integriti & Sahsiah Diri Jurutera Daerah JKR Malaysia 2017.