Date: Ahad, November 27, 2016
Program Pemantapan Integriti dan Sahsiah Diri Pengurusan Atasan dan Pengarah JKR Malaysia telah diadakan pada
21 hingga 24 November 2016 bertempat di Hutan Simpan Royal Belum Tasik Temenggor. Program tersebut yang merupakan idea dari YBhg. Dato' Sri Ketua Pengarah Kerja Raya telah disertai oleh 64 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Pengurusan atasan JKR, Pengarah JKR Cawangan, Pengarah JKR Negeri dan lain-lain pegawai JKR termasuk 2 orang peserta daripada Stesen TV9.
 
Program bermula pada 21 Nov 2016 bertempat di Dewan Persidangan Majlis Daerah Grik dengan diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan disusuli dengan Taklimat Program Pemantapan Integriti dan Sahsiah diri. Program pada hari pertama diakhiri dengan Penyampaian Amanat Oleh Dato' Sri KPKR. Apabila para peserta telah sampai di JKR Grik Perak, pemeriksaan telah dilakukan oleh para jururawat Hospital Grik bagi menilai tahap kesihatan ke semua para peserta sebelum meneruskan program. 
 
Sebelum bertolak, bacaan doa' telah dipimpin oleh Ir. Mohd Hazery bin Md. Shamsi  bagi memohon keselamatan para peserta dan memohon agar program dapat diadakan dengan lancar.  Seterusnya, para peserta bertolak dari JKR Grik Perak ke Jeti Tasik Banding dengan menaiki bas yang telah disediakan dan menaiki bot ke Royal Belum. Perjalanan telah mengambil masa selama dua jam.  Antara program yang telah diatur pada hari tersebut adalah Sesi 'Water Confident', 'Menyiapkan rakit berkumpulan'. Objektifnya adalah untuk memupuk semangat kerjasama dan muafakat antara para peserta dalam menyiapkan tugasan dalam tempoh yang diberikan.  
 
Program pada hari ketiga diteruskan dengan lawatan ke Perkampungan Orang Asli Jahai, di Kampung Aman Damai. Perjalanan telah mengambil masa 45 minit dan diiringi oleh pasukan BOMBA Grik. Setibanya disana, para peserta telah disambut dengan muzik berkumpulan oleh anak muda daripada suku kaum Jahai. Seterusnysa, pihak JKR telah menyampaikan sumbangan kepada setiap ahli keluarga. 
 
Setelah pulang daripada lawatan tersebut, program diteruskan dengan sesi 'Masakan Rimba'. Para peserta telah dibahagikan mengikut kumpulan dan tugasan seterusnya adalah memasak ikan baung dan nasi didalam buluh yang telah disediakan mengikut masa yang telah ditetapkan.  Pada sebelah petangnya telah diadakan aktiviti 'Berakit Berkumpulan'. Program telah bersambung pada sebelah malam dengan sesi Latihan Dalam Kumpulan dengan tajuk 'Take Charge My World'.
 
Pada hari terakhir program ini para peserta telah dibawa ke Santuari Kelah dan juga aktiviti mandi di Air Terjun. Semoga dengan program yang telah diadakan ini dapat mencapai objektif dan juga mengukuhkan semangat berpasukan dikalangan para pegawai. Pengalaman yang dilalui para pegawai melalui program ini diharap dapat mengukuhkan lagi semangat esprit de corp sesama rakan di JKR dalam cawangan dan negeri demi meningkatkan prestasi JKR sebagai agensi teknikal terulung negara.