Date: Rabu, Oktober 4, 2017

Program ini merupakan inisiatif dari YBrs. Sr. Ratna binti Haji Mahyuddin, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia (Sektor Pakar) yang telah diadakan pada 27 hingga 29 September 2017 bertempat Pusat Latihan Kecemerlangan Negara (CREaTE), Melaka.  Turut hadir sama adalah  YBrs Dr. Che Hassandi Bin Abdullah, Pengarah Kanan (CREaTE), Y. Brs Encik. Mohd Rahim Bin Kawangit yang sedang menjalankan tugas Pengarah Kanan, CPAB, Pengarah-Pengarah Cawangan dan Pengarah-Pengarah JKR Negeri serta pegawai-pegawai JKR dari Cawangan dan Negeri. Objektif program adalah untuk menambahbaik dan meningkatkan integriti data didalam SKALA agar  pemantauan projek dapat dilaksanakan dengan lebih tepat dan berkesan. 

Program yang julung-julung kali dianjurkan di JKR ini merupakan hasil kolaborasi di antara pegawai-pegawai dari pejabat TKPKR, pegawai-pegawai Bahagian Teknologi Maklumat  CDPK,  pegawai-pegawai Bahagian Korporat, CREaTE  dan  pegawai-pegawai Bahagian Teknologi Maklumat CREaTE yang diselaraskan oleh Pasukan dari Cawangan Perancangan Aset Bersepadu.

Di dalam ucapan pembukaan dari TKPKR(Pakar), antara perkara yang ditekankan adalah mengenai kepentingan SKALA sebagai mekanisma pemantauan dan pelaporan prestasi projek di JKR dimana maklumat dari SKALA juga digunakan didalam merancang strategi dan taktikal Jabatan disamping maklumat-maklumat tambahan yang lain.

Beliau kemudiannya mengucapkan terimakasih kepada semua pegawai yang telah menyambut baik program ini dan berharap agar semua ilmu pengetahuan yang diperolehi sepanjang program dapat dimanfaatkan dalam usaha berterusan Jabatan bagi memastikan maklumat yang dimasukkan didalam SKALA sentiasa betul dan tepat.

Program merangkumi sesi percambahan ilmu mengenai kaedah untuk menyedia dan menyemak S-Curve yang praktikal oleh Tuan Ir Mohd Mukhlis Jaya Bin Abdullah. Selanjutnya adalah sesi hands-on untuk para peserta mengemaskini maklumat Rancang Kewangan Kontrak (RKK) sebagaimana diunjurkan di dalam Program Kerja ke SKALA. Justeru dari itu, S-Curve yang dijana nanti merupakan S-Curve yang praktikal dan akhirnya prestasi projek dapat dipantau serta dilaporkan dengan berintegriti secara real-time

Menerusi program ini, sebanyak 120 sampel projek telah disemak oleh pasukan projek bersama-sama pasukan Fasilitator. Dari jumlah berkenaan, sebanyak 50 projek (42%) telah berjaya diputihkan (dikemaskini). Baki sebanyak 70 sampel projek perlu diambil tindakan lanjut oleh Pasukan projek sebelum dapat diputihkan. Antara dua sebab utama projek tidak dapat dikemaskini adalah disebabkan; Kos didalam Program Kerja tidak sama seperti kos kontrak dan Program Kerja belum diluluskan kerana tidak disediakan mengikut Garis panduan penjadualan JKR. Proses pemutihan ini perlu diteruskan bagi projek-projek selainnya yang tidak dijadikan sampel semasa program ini berlangsung.  Maklumbalas dari peserta menyatakan program ini telah meningkatkan tahap kompetensi mereka dan akan diteruskan di peringkat JKR Negeri dan Cawangan.

Laporan pencapaian program ini telah dibentang oleh Tuan Haji Roslan b Abdul Ghani selaku Ketua Unit Pengurusan Prestasi Projek (UPPP),PROKOM CPAB di dalam Mesyuarat Pengarah-Pengarah Bil 5/2017 pada 1 Oktober 2017. Komitmen dan kerjasama yang telah dan akan ditunjukkan oleh semua pihak yang terlibat didalam membuktikan bahawa segala permasalahan boleh diatasi sekiranya kita memahami objektif dan bersatu dalam mencapai objektif tersebut.

Ucaptama oleh TKPKR Sektor Pakar, YBrs. Sr. Ratna binti Haji Mahyuddin

 

Urusetia program yang terdiri daripada Pasukan UPPP, PROKOM, CPAB

Sesi kemaskini sedang berlangsung

Kolaborasi: Pasukan CPAB, Pegawai-pegawai dari pejabat TKPKR, Bahagian Teknologi Maklumat  CDPK,  Bahagian Korporat, CREaTE  dan  Bahagian Teknologi Maklumat CREaTE