20-21 Oktober 2015 - PROGRAM PERSADA MINDA @ JKR 2015

Program Persada Minda @ JKR 2015 dengan tema "Dari Minda ke Mata Pena" telah berlangsung dengan jayanya bermula 20 Oktober 2015 dan berakhir pada 21 Oktober 2015. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg Datuk Ir.Adanan Mohamed Hussain Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia.

Penganjuran program ini adalah hasil kerjasama antara Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) yang diterajui oleh Bahagian Komunikasi Korporat dengan Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu (CPAB). Program ini telah menarik seramai 700 peserta yang terdiri dari kalangan warga JKR dari ibu pejabat.

Majlis dimulakan dengan Ucapan Aluan oleh Pengerusi JK Pelaksanaan dan Pemantauan Pembudayaan Ilmu, YBhg Ir.Mohd Daud bin Harun dan seterusnya Ucapan Perasmian Persada Minda @JKR tahun 2015 oleh Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg Datuk Ir.Hj Adanan bin Mohamed Hussain.KPKR juga sempat meluangkan masa untuk melawat ke ruang pameran yang disediakan diantara yang terlibat adalah FINAS, Perpustakaan Negara Malaysia, Pertubuhan Arkitek Malaysia(PAM), MPH Bookstore, Alumni UTM, IEM dan Telaga Biru.YBhg KPKR juga turut menyampaikan Sijil Penghargaan kepada Pengguna JCop Yang Paling Aktif.

Majlis diteruskan dengan Program Perkongsian Ilmu yang bertajuk "Baca Pantas, Ilmu Tuntas" oleh En.Lim Teck Hoe daripada Memory Trainer dan majlis berhenti rehat pada jam 12,30 tengah hari.

Pada Sebelah petangnya pula telah diadakan program Bual Bicara yang bertajuk "Trend Penulisan dan Pembacaan Media Sosial" dan Panel untuk program ini terdiri daripada En.Zamri Mohamad, Jurulatih Kursus Penulisan, En.Mohamed Fairuz Mohd Pilus, Wakil MyIPO dan moderator En.Ashwad Ismail dari ASTRO Awani. Majlis berakhir pada jam 4.30 petang dan bersambung esok.

Majlis dimulakan pada 21 Okt (Rabu)jam 9.00 pagi dengan Perkongsian Ilmu bertajuk "Dari Minda Ke Alam Siber" oleh En.Faiz Al- Shabab, Managing Director, Xentral Methods Sdn Bhd dan seterusnya ke program Perkongsian Ilmu yang kedua "Melayari Dunia Ilmu Bersama Keluarga" oleh Pn.Samsul Khamariah Hamzah, Pustakawan JKR.

Majlis berhenti rehat pada jam 12.30 tengah hari dan bersambung semula pada jam 2.30 petang dengan program yang ditunggu -tunggu iaitu Bual Bicara yang bertajuk "Dari Kertas Ke Layar Perak".Panel Jemputan terdiri dari En.Ahadiat Akashah, Penulis Novel, En.Fahrin Ahmad, Pelakon dan juga En.Khir Rahman, Pengarah,Pelakon, Penyanyi dan Penulis Skrip. Program Bual Bicara ini telah mendapat sambutan yang hangat dari peserta program dengan semua ahli panel telah diajukan pelbagai soalan oleh peserta program.Program berakhir jam 5.00 petang dan pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Program Persada Minda @JKR 2015.