Program Lawatan Kerja YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya ke Wilayah Persekutuan Labuan pada 6-7 Jun 2024 disambut dengan penuh kemeriahan oleh Semua Warga JKR Wilayah Persekutuan Labuan dengan laungan Hastag #JKRLabuanLuarBiasa dalam sesi Program Ramah Mesra di Lapangan Terbang W.P Labuan bersama rombongan YB Menteri Kerja Raya dan YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam Bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha,Kementerian Kerja Raya .
Keberangkatan balik rombongan YB Menteri Kerja Raya juga turut diselitkan taklimat ringkas produk inovasi JKR W.P. Labuan, iaitu ‘Light Damage Detector’ (LDD) oleh Kumpulan Kancang kepada YB Menteri Kerja Raya dan YBhg. Datuk Seri Ketua Setiausaha, Kementerian Kerja Raya. Produk Inovasi ini telah yang telah berjaya dianugerahkan Pingat Platinium-CITEC 2024. Keberangkatan balik rombongan YB Dato Sri Menteri Kerja Raya dan YBhg. Datuk Seri Ketua Setiausaha,Kementerian Kerja Raya diiringi oleh YBrs. Ir. Hj. Mohd Faizul bin Mohd Ali Hanapiah, Pengarah JKR W.P. Labuan bersama warga JKR W.P. Labuan pada 7 Jun 2024 di Lapangan Terbang W.P Labuan.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh warga JKR Labuan atas segala usaha, komitmen dan khidmat bakti yang diberikan. Syabas dan tahniah diucapkan.
- 540 bacaan