Pada 4 November 2024, Cawangan Kejuruteraan Cerun JKR Malaysia telah menganjurkan program Slope Day bertempat di Menara Kerja Raya. Program ini dirasmikan oleh Ir. Mohd Sharom bin Ahmad Saman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) dengan tujuan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai aspek keselamatan dan kejuruteraan cerun di Malaysia.
Turut hadir dalam program ini adalah Yang Berhormat Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya, serta YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya. Sesungguhnya kehadiran YB Timbalan Menteri dan KPKR jelas menunjukkan komitmen kerajaan dalam memastikan infrastruktur negara yang dibina adalah selamat dan kekal berdaya tahan.
Program Slope Day 2024 ini juga merupakan sebuah platform untuk berkongsi ilmu pengetahuan teknikal dan inovasi dalam bidang kejuruteraan cerun. Program ini mengumpulkan pakar-pakar industri dan profesional untuk membincangkan amalan terbaik dalam merancang, membina, dan menyelenggara cerun yang selamat dan mampan.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
- 938 bacaan