19 Julai 2021 │Menara Kerja Raya │8.30 pagi
Penyaluran sumbangan sebanyak 458 set PPE telah disampaikan hari ini oleh YBhg. Dato’ Ir. Hj. Mohamad Zulkefly b. Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Malaysia (KPKR) dan Pengurusan Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia kepada YBrs. Ustaz Muhammad Rafieudin b. Zainal Rasid, Pengerusi Eksekutif, Pertubuhan Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia.
Sumbangan ini adalah bagi membantu pengurusan jenazah pesakit Covid19 yang diuruskan oleh NGO Pertubuhan Skuad Pengurusn Jenazah Malaysia (SPJM) dan turut dibantu oleh Jawatankuasa Surau JKR dan KKR.
Perolehan sumbangan ini adalah hasil daripada pelancaran program kutipan ‘Tabung PPE JKR Prihatin’ bermula 2 Julai 2021 hingga 8 Julai 2021 oleh pihak JKR Malaysia, mengambil iktibar terhadap kadar kematian dan kebolehjangkitan yang tinggi akibat pandemik Covid-19.
Segala keprihatinan seluruh warga JKR Malaysia dan KKR terhadap sumbangan infaq ini amatlah dihargai dan semoga Allah SWT membalas setiap kebaikan yang dihulurkan.
Firman ALLAH SWT :
“Sesungguhnya ALLAH SWT berserta dengan orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan”
(Surah An-Nahl : 128)
- 764 bacaan