Date: Isnin, Mei 16, 2016

Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Datuk Ir.Hj. Adanan b Mohamed Hussain telah mengadakan ‘Program Walkabout’ ke JKR WP Labuan pada 8 dan 9 Mei 2016. 

Antara aturcara di dalam program tersebut ialah Sesi Perjumpaan bersama KPKR Malaysia dan taklimat korporat oleh Pengarah JKR WP Labuan serta Majlis Ramah Mesra.  Seramai 180 orang kakitangan JKR WP Labuan yang terdiri daripada pegawai Profesional serta kakitangan sokongan telah menghadiri program tersebut. 

Semasa Majlis Ramah Mesra, KPKR telah menyampaikan amanat di mana beliau menitikberatkan integriti di dalam kerja seharian. Beliau juga berharap agar semua kakitangan JKR WP Labuan berasa seronok bekerja bagi melahirkan pekerja yang cemerlang

Semoga Program "Walkabout" ini dapat meningkatkan hubungan silaturahim antara semua warga JKR demi mencapai kesepakatan yang diharapkan.