Date: Jumaat, Februari 26, 2016
26 Februari 2016 - Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Datuk Ir.Hj. Adanan b Mohamed Hussain telah mengadakan lawatan ke JKR WP Putrajaya, sebagai sebahagian daripada program 'walkabout' Pejabat KPKR ke JKR Negeri di seluruh negara pada tahun ini. 
 
Program lawatan ke JKR Negeri ini bertujuan untuk beramah mesra dan mengeratkan hubungan, di samping untuk menyampaikan amanat kepada warga JKR agar dapat mempersiapkan diri dalam menghadapi pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) . Warga juga perlu mempertingkat dan membaiki imej JKR terhadap pelanggan dan orang awam melalui perubahan sikap dalam melaksanakan tugasan.Beliau juga meyarankan warga JKR agar Inovatif dan Proaktif disamping memberi maklumbalas yang pantas terhadap aduan dan isu yang ada.
 
Semoga Program "Walkabout" ini akan meningkatkan hubungan dan persefahaman semua warga JKR demi mencapai kesepakatan yang diharapkan.