Date: Jumaat, Jun 3, 2022
Penyerahan bagi Projek Pembaikan Cerun Dan Kerja-Kerja Berkaitan Di Institut Pendidikan Guru (Kampus Bahasa Melayu), Lembah Pantai, Kuala Lumpur telah diadakan pada 1 Jun 2022 dan disempurnakan oleh Pengarah JKRWPKL YBhg.Dato’ Ir. Hj. Norman Bin Hj. Md. Rabani kepada kepada Tuan Mohd Sayuti Bin Azmi Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pengurusan Aset, Seksyen Pengurusan Hartanah, Kementerian Pendidikan Malaysia.
 
Majlis diteruskan dengan penyerahan coffee table book oleh Ybhg Dato’ Zull Amran Bin Mohamad Pengurus Syarikat RNZ Jitu Enterprise selaku kontraktor projek ini kepada Pengarah JKR WPKL dan seterusnya kepada wakil pelanggan iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai simbolik penyerahan projek. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ir. Mohammad Ashari Bin Muda dari Cawangan Kejuruteraan Cerun selaku HOPT dan HODT dan Pasukan Projek JKR WPKL yang terlibat dengan projek ini.
 
Projek ini telah berjaya disiapkan pada tarikh siap asal kontrak dan berjaya diserahkan kepada pelanggan pada tarikh Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) dikeluarkan pada 1 Jun 2022. Projek ini juga telah diserahkan kepada pihak pelanggan secara  9 dalam 1 iaitu :
1.        Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC),
2.        Lukisan Siap Bina (As-Built Drawing)
3.        Penyata akaun muktamad (SOFA)
4.        Siap pada Tarikh siap asal projek tanpa EOT,
5.        Serahan kepada pelanggan pada Tarikh CPC
6.        Penjimatan Kos Projek yang dianggarkan sebanyak RM500,000.00
7.        Zero Major Defects
8.        Zero Lost Time Injuries
9.        Coffee Table Book
 
Kaedah pelaksanaan projek ini adalah secara Konvensional Dalaman. Projek ini melibatkan kerja-kerja pembaikan cerun dengan kaedah pengukuhan menggunakan micropiles,soil nailing, grid beam, rockfill, stone pitching, gabion wall, gabion matress dan sistem saliran di kawasan cerun. Pelaksanaan pembaikan cerun ini dilaksanakan bagi memastikan kestabilan cerun di kawasan sekitar IPG Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur berada dalam keadaan baik dan selamat.
 
Tahniah diucapkan kepada kontraktor yang berjaya menyiapkan projek ini. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Kementerian Pendidikan, IPG Kampus Bahasa Melayu Lembah Pantai, Cawangan Kejuruteraan Cerun dan Pasukan Projek JKR WPKL yang telah memberikan kerjasama yang erat dan komitmen dalam menjayakan projek ini.