Date: Rabu, Jun 1, 2022
Majlis Penyerahan Projek Pembaikan Cerun dan Kerja-Kerja Berkaitan di Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Petaling Kuala Lumpur telah diadakan pada 30 Mei 2022 dan disempurnakan oleh Pengarah JKRWPKL YBhg. Dato’ Ir. Hj. Norman Bin Hj. Md. Rabani kepada kepada YBrs. Puan Zuraida Hamsiah Binti Mohamed Nasir, Pengetua SMK Desa Petaling, Kuala Lumpur.
 
Majlis diteruskan dengan penyerahan coffee table book oleh En Shazwan Bin Zainuddin Pengurus Syarikat PROPECON SDN BHD selaku kontraktor projek ini kepada Pengarah JKR WPKL dan seterusnya kepada Pengetua SMK Desa Petaling sebagai simbolik penyerahan projek. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Tuan Hj Yahya Ruddin Bin Mohamed Yaacob dari Cawangan Kejuruteraan Cerun selaku HOPT dan HODT dan Pasukan Projek JKR WPKL yang terlibat dengan projek ini.
 
Projek ini telah berjaya disiapkan 30 hari awal dari tempoh siap kontrak dan berjaya diserahkan kepada pelanggan pada tarikh Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) dikeluarkan. Projek ini juga telah diserahkan kepada pihak pelanggan secara  9 dalam 1 iaitu :
1.        Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC),
2.        Lukisan Siap Bina (As-Built Drawing)
3.        Penyata Akaun Muktamad (SOFA)
4.        Siap 30 hari awal
5.        Serahan kepada pelanggan pada Tarikh CPC
6.        Penjimatan Kos Projek sebanyak RM 400,000.00     
7.        Zero Major Defect
8.        Zero Lost Time Injuries
9.        Coffee Table Book
 
Kaedah pelaksanaan projek ini adalah secara Konvensional Dalaman. Projek ini melibatkan kerja-kerja pembaikan cerun dengan kaedah pengukuhan menggunakan soil nailing, grid beam, rockfill, stone pitching dan sistem saliran di kawasan dicerun. Pelaksanaan pembaikan cerun ini dilaksanakan bagi memastikan kestabilan cerun di kawasan sekitar SMK Desa Petaling berada dalam keadaan baik dan selamat.
 
Tahniah diucapkan kepada kontraktor yang berjaya menyiapkan projek ini. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Kementerian Pendidikan, SMK Desa Petaling, Cawangan Kejuruteraan Cerun dan Pasukan Projek JKR WPKL yang telah memberikan kerjasama yang erat dan komitmen dalam menjayakan projek ini.