Date: Isnin, Disember 21, 2015ProJKRM Professional Executive Talk 2/2015 (PET 6) – Makkah Tower telah diadakan pada 17 Disember 2015 bertempat di Bilik Alixia, Bixa dan Citrus, di Tingkat 18, Menara PJD. PET6 ini bertujuan memberi pendedahan kepada semua kakitangan professional JKR kepada pengalaman Y.Brs. En Wan Nazri Hj Wan Aria yang bertugas sebagai Structural Engineer/FEA Engineer di SL Rasch GmbH,Germany (2007-2012) dan bertanggungjawab dalam merekabentuk King Abdul Aziz Endowment Project Clock Tower dari segi: -Design and analyze superstructure and secondary structure of Royal Mecca Clock Tower -Design and analyses a supporting steel structure on FRP composite facade. -Develop the supporting system of steel connection / Connection point of FRP facade. -Analyze statically and stability of steel structure of the Clock Tower. -Advise and analyze FRP facade designed by Architect. -Analyze stress on the facade by using FEA software (Ansys) Nota PET6 terbahagi kepada tiga(3) bahagian; Slide 1, Slide 2 dan Slide 3. Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, YBhg. Datuk Ir. Hj. Adanan bin Mohamed Hussain telah berbesar hati untuk menyampaikan ucapan perasmian seminar ini yang dihadiri oleh Dato' Ir. Dr. Hasnul bin Mohamad Salleh TKPKR (Sektor Bangunan), Dato' Ir. Dr. Roslan bin Md Taha TKPKR (Sektor Infra), Pengarah JKR Negeri dan Cawangan, kakitangan JKR ibu Pejabat, JKR Negeri-Negeri, pegawai-pegawai Kader JKR dengan jumlah keseluruhan peserta adalah seramai lebih kurang 256 orang. Pihak penganjur JK ProJKRM PET6 mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan PET6 ini. Semoga berjumpa lagi di PET akan datang di tahun 2016