Tahniah diucapkan kepada Dr. Mohd Sabere Bin Sulaiman dan pasukan Bahagian Kepakaran Konservasi, Cawangan Arkitek atas sumbangan mewakili Cawangan Arkitek dalam taklimat ROAD TOUR KONSERVASI 2024 di JKR Daerah Kulim, Kedah. Taklimat Road Tour Konservasi 2024 ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat JPS, Kulim, Kedah pada 4 November 2024.
Objektif penganjuran program ini adalah untuk memberi pendedahan dan meningkatkan kefahaman serta berkongsi pengalaman dan pengetahuan bagi membantu pelaksanaan pemuliharaan projek-projek JKR Malaysia kepada semua pegawai dan warga kerja sam ada terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pelaksanaan projek, selari dengan pematuhan Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645)/Enakmen lain yang berkaitan.
Seramai 303 orang peserta direkodkan hadir secara atas talian manakala 20 orang hadir secara fizikal. Seminar ini menjadi satu platform yang memberi peluang peserta untuk mengutarakan pelbagai persoalan yang mungkin kurang jelas tentang isu dan cabaran industri pemuliharaan bangunan warisan di Malaysia.
Selain itu, bersama-sama ROAD TOUR KONSERVASI 2024 ini turut diadakan Lawatan Pemeriksaan Awalan Kerosakan Bangunan oleh Bahagian Kepakaran Konservasi, Cawangan Arkitek ke Projek Rumah Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Kulim Kedah (PWD 1) dan Bangunan Blok A, Penang Free School, Pulau Pinang yang dilaksanakan pada 4 -6 November 2024.
Semoga kejayaan Road Tour Konservasi 2024 ini akan menjadi inspirasi dan pemangkin kepada warga JKR untuk terus sama-sama memulihara Bangunan Warisan.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
- 747 bacaan