Date: Isnin, March 27, 2017

Pada 14 Mac 2017 (Selasa) satu Roundtable Discussion on the Proposal of the Development and Implementation of Sustainability Rating Tool for Infrastructure and Cities in Malaysia yang dipengerusikan oleh YBhg.Dato’ Sri Zohari bin Haji Akob (KSUKKR) telah diadakan di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE).

Roundtable Discussion ini bertujuan untuk menghimpun penggubal dasar, pelaksana, penguatkuasa dan industry player bagi membincangkan inisiatif dan strategi untuk membangunkan  alat mengukur tahap kelestarian bagi pembangunan infrastruktur dan bandar di Malaysia. Mesyuarat juga telah menjemput Professor SN Pollalis dari Harvard University untuk membuat pembentangan berhubung dengan Envision, iaitu Sustainability Rating Tool, yang telah dibangunkan untuk mengukur dan menilai kelestarian pembangunan infrastuktur di Amerika Syarikat dan Amerika Utara.

Roundtable Discussion tersebut telah dihadiri antara lainnya oleh Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, YBhg. Dato’ Sri Ir.Dr.Roslan bin Md Taha, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Sustainable Energy Development Authority Malaysia (SEDA), Unit Perancang Ekonomi, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), UEM Group Berhad, Ecovest Berhad, MALAKOFF Corporation Berhad, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom Malaysia Berhad (TM), SUNWAY Construction Group, Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Mass Rapid Transit (MRT), IJM Corporation Berhad, Medini Iskandar Sdn Bhd dan pegawai-pegawai kanan CREaTE.

Di akhir Roundtable Discussion tersebut, YBhg KSUKKR telah mencadangkan supaya satu sekretariat ditubuhkan untuk memandu inisiatif ini di bawah Pengarah Kanan CREaTE.