Date: Khamis, Februari 28, 2019

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti EN. MOHD RAMLI BIN HASAN, JURUTERA MEKANIKAL PENGUASA KANAN, BAHAGIAN KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL dan memilih untuk bersara pilihan pada 1 Mac 2019.

Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Mekanikal di Cawangan Jalan Ibu Pejabat JKR Malaysia pada 10 September 1992. Sepanjang 26 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

1) Tahun 1992 - 1993         : Jurutera Mekanikal, JKR Woksyop/Kuari

2) Tahun 1993 – 1996        : Jurutera Mekanikal, Jabatan Bekalan Air Negeri Pahang

3) Tahun 1996 – 2005        : Jurutera Mekanikal, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal

4) Tahun 2005 – 2009      : Jurutera Mekanikal Kanan, Jabatan Bomba dan Penyelamat

5) Tahun 2009 – 2011        : Jurutera Mekanikal Kanan, Cawangan Pengurusan Projek Kompleks

6) Tahun 2011 – 2012        : Jurutera Mekanikal Penguasa, Cawangan Kerja Keselamatan

7) Tahun 2012 – 2013       : Jurutera Mekanikal Penguasa, Cawangan Pengurusan Korporat

8) Tahun 2013 – 2014        : Jurutera Mekanikal Penguasa, Cawangan Kerja Bangunan Am

9) Tahun 2014 – 2017        : Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan, Cawangan Pengkalan Udara dan Maritim

10) Tahun 2017 – 2019      : Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan, Bahagian Khidmat Pakar, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;

a) Anugerah
1. Anugerah Khidmat Cemerlang (APC); Tahun 2007

b)  Pengiktirafan kelayakan profesional dan kekompetenan seperti berikut;
1. Berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan agar EN. MOHD RAMLI BIN HASAN dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah. Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.