Date: Isnin, November 4, 2019

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti ENCIK KAMARUZAMAN BIN HUSSEN, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, CAWANGAN PERANCANGAN ASET BERSEPADU yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 05 November 2019.

Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Awam di Cawangan Rekabentuk dan Penyelidikan pada 30 September 1983. Sepanjang 36 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1983 - 1985 : Jurutera Awam, Cawangan Rekabentuk dan Penyelidikan
  2. Tahun 1985 - 1988 : Jurutera Awam, JKR Negeri Sembilan
  3. Tahun 1988 - 1994 : Jurutera Awam, JKR Kuala Kangsar, Perak
  4. Tahun 1994 - 1997 : Jurutera Awam, Cawangan Perkhidmatan, Kementerian Kerja Raya
  5. Tahun 1997 - 1997 : Jurutera Awam, Bahagian Perancang Jalan, Kementerian Kerja Raya
  6. Tahun 1997 - 1997 : Jurutera Awam, Bah. Kemajuan Wilayah Persekutuan dan Perancangan Lembah Klang, JPM
  7. Tahun 1997 - 2014 : Jurutera Awam Penguasa, Bahagian Perancang Jalan, Kementerian Kerja Raya
  8. Tahun 2014 - 2014 : Jurutera Awam Penguasa, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu
  9. Tahun 2014 - 2015 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Jabatan Perdana Menteri (Kader)
  10. Tahun 2015 - 2017 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Senggara Fasiliti Jalan
  11. Tahun 2017 - 2019 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2008 dan 2012.

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan ENCIK KAMARUZAMAN BIN HUSSEN dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.