Date: Khamis, Jun 1, 2023

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti ENCIK MAT NAJIB BIN MD DAWAN yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 1 Jun 2023.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Mekanikal (J3) bertempat di JKR Workshop Negeri Pahang pada 2 Februari 1993. Beliau telah berkhidmat hampir 30 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1993-2003: Jurutera Mekanikal (J3), JKR Workshop Negeri Pahang/JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Pahang (CKMN Pahang)
  2. Tahun 2003-2004: Jurutera Mekanikal Kanan (J48),
  3. Tahun 2004-2009: Jurutera Mekanikal Kanan (J48), Cawangan Kerja Kesihatan,IP JKR KL
  4. Tahun 2009-2017: Jurutera Mekanikal Penguasa (J52), Cawangan Kerja Kesihatan,IP JKR KL
  5. Tahun 2017-2023: Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan(J54), Cawangan Kerja Bangunan Am 2, IP JKR Menara PJD KL.

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan. Antaranya ialah;

a) Kelayakan Profesional

  • Berdaftar sebagai Ahli Siswazah Lembaga Jurutera Malaysia

b) Lain-Lain Kelayakan Kekompetenan

  • Mengikuti kursus untuk persediaan Pegawai Keselamatan Kesihatan Pekerjaan di NIOSH Bangi (28 hari)

c) Sumbangan Dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. Jawatankuasa Kerja Penggubal KKP dan SPKKP JKR
  2. Jawatankuasa Kerja Keselamatan dan Kesihatan JKR
  3. Sebagai Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan jabatan
  4. Sebagai Auditor KKP dan SPKKP JKR
  5. Sebagai Ketua Pegawai Inovasi Cawangan (KPIC)dan Fasilitator Pasukan KIK CKBA2

d) Sumbangan Dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. AJK Surau As Sobirin Damai Rasa 2019-2022

e) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang daripada Kementerian Kerja Raya pada 31 Mei 2006

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga EN MAT NAJIB BIN MD DAWAN dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah SWT.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"